Amalan ‘Pintu Belakang’ Tidak Sihat Untuk Bola Sepak Malaysia

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berpendapat urusan perpindahan pemain pasti tidak akan berakhir dengan kontroversi jika kedua-dua pihak mengikut prosedur dan saluran yang betul.

Menerusi komen di laman instagramnya, Mukhriz menjelaskan beliau tidak kisah jika pemainnya hendak berhijrah ke pasukan lain tetapi cara perpindahan pemain itu dilihat langsung tidak menghormati KFA sebagai majikan utama.

“Nak bayar RM1 pun tak apa asalkan pakai saluran dan proses pertukaran yang patuh kepada peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Jangan anggap KFA yang miskin ini tiada maruah dan membantah pertukaran anak didikan kami ini kerana wang.

“Amalan ‘backdoor’ sangat tidak sihat untuk sukan bola sepak malaysia,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Isu perpindahan Akhyar Rashid menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perpindahan pemain muda Kedah, Akhyar Rashid ke JDT.

Menurut kenyataan daripada laman facebook rasmi KFA, Akhyar masih menjadi milik Kedah sehingga 30 November 2019 kerana mereka mendakwa tidak menerima bayaran pampasan serta tiada proses penebusan kontrak yang sah.

“KFA menegaskan Akhyar masih milik pasukan Kedah kerana setakat ini tiada proses penebusan kontrak oleh pemain dan pelepasan dilakukan menurut peraturan FAM, AFC dan FIFA.

“Sijil Pelepasan Pemain masih dibawah hak mutlak KFA dan status quo pemain kekal berkontrak sehingga 30 November 2019. Sebarang perlanggaran menandatangani 2 kontrak pada masa yang sama, adalah penghinaan kepada Statut FAM, pihak berkenaan akan menjadi asas aduan tatatertib oleh KFA.

“KFA dalam proses meneruskan tindakan di Mahkamah Timbangtara Sukan,” kata kenyataan tersebut.

Persatuan atau kelab perlu mengambil iktibar kerana ini bukan kali pertama kes-kes seperti ini berlaku terutamanya melibatkan kontrak pemain.

Pada tahun 1993, arena bola sepak tempatan pernah digemparkan dengan isu penyerang sensasi, Azman Adnan yang enggan dilepaskan Kuala Lumpur ketika berusia 21 tahun dengan baki kontrak setahun dan mereka menutut RM1 juta daripada Selangor.

Pemain itu akhirnya dilepaskan dengan nilai le­bih rendah selepas beberapa siri perbincangan.

Pada tahun 2013, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa meminta campur tangan FAM selepas Kelantan enggan melepaskannya kepada JDT dan isu sama berlaku kepada Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (2016) yang mahu meninggalkan Selangor untuk ke Johor.

Ada banyak lagi kes serupa yang boleh dijadikan rujukan, namun tiga kes ini membuktikan satu perkara iaitu sistem perpindahan Liga Malaysia mempunyai banyak kelemahan dan perlu diperbaiki untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd. Joehari Ayub berkata kepada Utusan Malaysia menjelaskan FAM hanya membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan dalam Artikel 15A.

“Bagi saya Akhyar sudah bebas dan mana-mana kelab tiada masalah untuk mengambilnya selagi dia akur dengan keputusan FAM iaitu membayar kos tebus kontrak serta pampasan pembangunan.

“Ini bukan soal JDT. FAM membuat keputusan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Artikel 15A: Menamatkan kontrak secara sebelah pihak atau tebus kontrak oleh pasukan atau pemain.

“Semua isu akan dibawa kepada jawatankuasa jika persatuan yang menjadi ahli gabungan gagal menyelesaikan rundingan mereka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN