Safiq Rahim Sedia Bantu Melaka United Raih Satu Piala Musim Depan

Bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mempunyai satu misi dalam saingan Liga Malaysia 2019 bersama pasukan baharunya, Melaka United iaitu membawa skuad itu meraih sekurang-kurangnya satu piala.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau yakin skuad Melaka United mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain dengan adanya beberapa pemain berpengalaman yang pernah beraksi dengan skuad kebangsaan.

“Berdasarkan senarai pemain termasuk kehadiran Shukor Adan, Razman Roslan, Khairul Fahmi Che Mat, Raimi Md Noor serta pemain muda lain, sasaran meraih satu daripada piala mampu direalisasikan.

“Apa yang penting, pemain mampu menterjemah perancangan jurulatih menerusi corak permainan secara berpasukan yang agresif. Kami perlu terus meningkatkan persembahan dan persefahaman selepas aksi persahabatan menentang Selangor United masih kurang menyerlah,” katanya.

Dalam perlawanan persahabatan menentang Selangor United kelmarin, Safiq berjaya menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti sekaligus membantu skuad kendalian Zainal Abidin Hassan meraih kemenangan 3-2.

Barisan pemain Melaka United ketika menentang Selangor United dalam aksi persahabatan pra musim. FOTO: MUSA

Malah, Safiq sempat memegang tugas selaku kapten pasukan ketika perlawanan separuh masa kedua bagi menggantikan Shukor Adan yang dikeluarkan.

Isu kapten hangat diperkatakan oleh penyokong Melaka kerana skuad Hang Tuah itu memiliki empat bekas kapten Harimau Malaya iaitu Safiq Rahim, Shukor Adan, Razman Roslan dan juga penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Shukor Adan menjelaskan beliau tidak kisah siapa yang akan dipilih sebagai kapten kerana 3 calon yang lain mempunyai pengalaman yang luas serta menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih untuk membuat pilihan.

“Ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan meminta saya memakai lilitan kapten pada aksi itu malam tadi sebagai anak kelahiran bumi Hang Tuah.

“Selepas 20 tahun ini juga aksi pertama saya bersama Melaka di depan penyokong sendiri, selama ini saya dilihat sebagai ‘musuh’ mereka. Apa pun buat masa ini saya sahkan belum ada keputusan mutlak mengenai pelantikan kapten,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN