Alvin Fortes Mampu Ranapkan Misi 3 Mata Sang Kenari

Penyerang baharu Selangor, Alvin Fortes antara pemain tumpuan untuk aksi Liga Super hari ini membabitkan pasukan tersebut menentang cabaran Kedah Darul Aman (Kedah) dalam misi untuk mendapatkan tiga mata.

Selepas menarik diri dalam aksi Piala Sumbangsih lalu, kini Selangor bakal mengharungi perlawanan kedua Liga Super musim ini dalam usaha untuk cuba mendapatkan kemenangan sulung.

Menerusi beberapa rombakan dibuat pasukan tersebut musim ini, jelas skuad kendalian Nidzam Jamil mempunyai sasaran tersendiri untuk menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun lalu.

Malah kehadiran muka-muka baharu juga dianggap mampu untuk menjadikan Selangor selaku salah satu kuasa besar dalam arena bola sepak tempatan tahun ini.

Kedah pula, mereka bermula dengan momentum cukup baik apabila meraih kemenangan sulung 1-0 ketika mereka mengatasi PDRM menerusi jaringan tunggal Syafiq Ahmad.

Melihat kepada aksi ini, kedua pasukan jelas memiliki pemain kunci tersendiri yang mampu untuk memberi impak dalam permainan sepanjang aksi berlangsung.

Alvin Fortes

Penyerang baharu Selangor ini jelas menjadi tumpuan ramai sepanjang The Red Giants mengharungi aksi persahabatan pada saingan pramusim lalu.

Dilabel selaku mesin gol baharu Selangor, Alvin memiliki reputasi cukup baik sebelum itu ketika beraksi di Thailand sebelum berhijrah buat pertama kali ke Malaysia.

Kelicikan beliau untuk mengatasi pertahanan serta kemampuan beliau untuk menyudahkan setiap peluang terhidang, pastinya disedari Nafuzi Zain untuk mengukuhkan barisan belakang Sang Kenari.

Noor Al Rawabdeh

Pemain tengah import Selangor ini boleh dianggap sedang melalui detik-detik terbaik selepas beliau tampil cemerlang bersama skuad kebangsaan Jordan lalu di pentas Piala Asia 2023, Qatar.

Memiliki keupayaan tinggi daripada segi kawalan bola, Rawabdeh antara pemain dijangka memainkan penting untuk menggerakan siri serangan Selangor.

Keupayaan tinggi Rawabdeh daripada segi kreativiti membuat hantaran berbahaya juga menjadikan beliau sebagai aset penting buat The Red Giants sejak musim lalu.

Syafiq Ahmad

Penyerang Kedah ini sudah pun membuktikan beliau masih lagi antara penyerang tempatan terbaik untuk era kini dengan satu gol sudah pun dinoktahkan dirinya pada aksi lalu.

Hadir dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), sudah tentu Syafiq ingin mengumpul lebih banyak minit permainan musim ini dan membuktikan sesuatu positif buat Sang Kenari.

Kualiti Syafiq tidak perlu dipertikaikan lagi terutama daripada segi ketajaman beliau di hadapan gol selain dirinya juga mampu mencipta lorongan-lorongan berbahaya buat rakan sepasukan lain mendapatkan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN