Bintang Muda Indonesia Laris Diburu 4 Kelab Di England

Bintang muda Indonesia, Elkan Baggott dijangka akan meneruskan karier bola sepak profesional beliau di England, dengan kini pemain tersebut dilaporkan menerima banyak tawaran dari kelab tempatan sana.

Baggott merupakan salah satu pertahanan muda Indonesia yang kini sedang meningkat naik dan sedang membina karier beliau dengan sangat positif di England.

Malah, pasukan asalnya iaitu Ipswich Town juga secara rasminya kini bakal beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) musim hadapan walaupun Baggott dipinjamkan ke pasukan lain.

Melihat kepada status semasa pemain tersebut yang masih mempunyai baki kontrak sehingga pertengahan tahun 2025, dijangka Baggott akan terus dipinjamkan Ipswich ke pasukan lain.

Menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Bola.com, ada empat kelab di England kini berminat untuk cuba mendapatkan pemain kebangsaan Sang Garuda itu untuk memperkukuhkan jentera pertahanan mereka.

Empat kelab tersebut ialah Warsall, Northampton Town, AFC Barrow, serta Wycombe Wanderers yang beraksi di divisyen bawahan negara tersebut.

Hanya Wycombe Wanderers sahaja tampil sedikit lebih baik berbanding tiga lagi kelab lain apabila pasukan tersebut bersaing dalam kejohanan divisyen ketiga England iaitu EFL League One.

Walaupun begitu, masih belum ada kesahihan lagi sejauh mana keempat kelab tersebut betul-betul menagih khidmat Baggott pada saingan hadapan.

Musim ini menyaksikan Baggott hanya diberi peluang beraksi sebanyak empat perlawanan bersama Ipswich serta meledak satu gol sebelum dipinjamkan bersma Bristol Rovers dalam saingan League One.

Walaupun Ipswich telah pun melayakkan diri ke saingan EPL, ini tidak bermakna Baggott bakal beraksi di pentas tertinggi England tersebut bersama pasukan itu jika melihat rekod lalu dirinya.

Pada usia masih muda, Baggott masih mempunyai masa depan masih panjang serta cerah untuk berkembang di England, selain terus memberi komitmen positif pada setiap musim.

Melihat kepada status beliau bersama skuad kebangsaan Sang Garuda pula, sedikit kejutan berlaku apabila nama Baggott tidak disenaraikan Shin Tae-yong untuk mengharungi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Apapun, pemain tersebut kini hanya perlu memberi fokus penuh mengenai perjalanan karier beliau dan besar kemungkinan Baggott kini turut diintai oleh kelab-kelab lain di rantau Asia Tenggara.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN