Xabi Alonso berkongsi kisah beliau ketika berhadapan dengan el-clasico semasa menjadi pemain Real Madrid. Alonso mendedahkan Jose Mourinho sangat fokus untuk mengganggu rentak Lionel Messi.
“Setiap kali el-clasico, Lionel Messi membuatkan saya sangat teruk. Jose Mourinho dan Sergio Ramos bercakap tentang Messi terlalu banyak.”
“Kami akan mulai diarahkan mengawasi Lionel Messi dan posisi kami dikorbankan. Saya terpaksa bermain ‘man-marking’ merantai Lionel Messi. Mourinho percaya, apabila kami berjaya mengawal Messi, kekuatan kami jadi seimbang.”
Xabi Alonso mengakui kekalahan 5-0 di tangan Barcelona memang memberikan kesan yang mendalam kepada mereka. Ia juga teah membantu pasukan Real Madrid ketika itu berubah dalam banyak aspek.
“Kekalahan 5-0 yang popular itu telah mengubah kami banyak sekali. Kami pasukan yang tidak bersedia untuk bersaing dengan Barcelona yang sudah berada dalam prestasi terbaik pada ketika itu.”
“Dan selepas itu baru kami bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja.”
Xabi Alonso menyambung kontrak dengan Bayern Munich dan beliau sangat gemar beraksi di bawah taktikal Guardiola yang dominan di dalam padang.
“Di Bayern kami diarahkan bermain di kawasan lawan untuk 90 minit. Saya tak pernah pergi sejauh itu di dalam padang dalam seumur saya. Ia sesuatu yang luar biasa bagi saya dan saya belajar banyak perkara daripada Guardiola.”
Alonso turut berkongsi rasa kecewa gagal menjulang EPL dengan Liverpool pada 2009. Alonso berpendapat, Liverpool memerlukan lebih ramai pemain istimewa ketika itu.