Allegri Sahkan Juventus Akan Denda Costa Kerana Meludah

Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri berkata pemain sayap pasukan berkenaan, Douglas Costa akan didenda oleh pengurusan kelab selepas pemain itu dilayangkan kad merah kerana meludah pemain Sassuolo, Federico Di Francesco.

Insiden membabitkan Costa dan Di Francesco membayangi kemenangan 2-1 Juventus, dan dua jaringan Cristiano Ronaldo yang menamatkan kemarau jaringan sejak menyertai kelab Turin itu pada musim panas yang lalu.

Allegri juga dikatakan tidak berpuas hati bagaimana pasukannya beraksi selepas memperolehi pendahuluan 2-0 pada minit ke-65 perlawanan, dan mendakwa perlawanan tersebut menjadi sangat individualistik selepas itu.

Costa dilayangkan kad merah selepas meludah Di Francesco setelah kedua-dua pemain tersebut bergeseran sepanjang perlawanan.

Malah pemain sayap Brazil itu terlepas layangan kad kuning selepas bertindak menyiku dan menanduk Di Francesco sebelum insiden meludah berlaku.

Costa kemudiannya memohon maaf secara terbuka di laman Instagram miliknya terhadap tindakannya itu.

 

View this post on Instagram

 

Gostaria de pedir desculpas a todos os torcedores da Juventus por essa minha reação equivocada no jogo de hoje. Peço também desculpas aos meus companheiros de time, que estão sempre comigo nos momentos bons e ruins. Errei feio, tenho consciência e venho me desculpar com todos por isso. Deixo claro que essa atitude isolada não condiz com o que sempre mostrei em minha carreira. Douglas Costa Vorrei scusarmi con tutti i fan della Juventus per questa reazione fuorviante nel gioco di oggi. Mi scuso anche con i miei compagni di squadra, che sono sempre con me nei momenti belli e cattivi. Ero brutto, ne sono consapevole e mi scuso con tutti per questo. Metto in chiaro che questo atteggiamento isolato non corrisponde a quello che ho sempre dimostrato nella mia carriera. Douglas Costa @juventus

A post shared by ⚡️DC11⚡️ (@douglascosta) on

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Allegri bekata:

“Walaupun sekiranya pemain Sassuolo telah melakukan kekasaran, episod tersebut tidak seharusnya berlaku.

“Perlawanan itu menuju ke penamat, dan pasukan sedang memiliki kelebihan.

“Selepas itu semua orang berhenti bermain bola sepak, dan mahu menggelecek.

“Selepas itu pasukan lawan memperolehi satu gol dan cuba melawan, dan akhirnya ada pemain kami yang berasa tidak senang,” ujar Allegri merujuk kepada tindakan Costa.

“Jelas sekali Costa wajar didenda, dan sudah tentu kelab akan mengambil tindakan. Saya terkejut dengan tindak balas oleh beliau.

“Kami mengalami gol oleh pihak lawan, kad merah, dan juga tempoh pergantungan yang lama kerana itu,” tambah Allegri lagi yang jelas tidak senang akan akibat yang terpaksa pasukannya hadapi kerana kelalaian dalam perlawanan tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN