Rooney Tidak Salahkan Allardyce, Dakwa Moshiri Desak Beliau Tinggalkan Everton

Bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney mendakwa ianya adalah pemilik kelab, Farhad Moshiri dan bukan Sam Allardyce yang mahukan beliau keluar daripada Everton.

Rooney kembali ke Goodison Park dari Manchester United dengan perjanjian selama dua tahun pada Julai 2017, selepas 13 tahun di Old Traford.

Pemegang rekod jaringan England itu telah mejaringkan 11 gol menjelang Krismas lalu, berkata beliau bergelut untuk mendapatkan jawapan daripada pihak kelab mengenai masa hadapannya, tatkala spekulasi mengenai perkara tersebut mulai tersebar ketika itu.

Menurut Rooney, Allardyce yakin untuk mengekalkan beliau di Everton, walaupun tidak boleh memberi jaminan untuk menurunkan pemain tersebut sepanjang masa.

Namun Moshiri berfikir sebaliknya mengenai khidmat bekas kapten Manchester United itu.

Rooney akhirnya berpindah ke MLS untuk menyertai DC United pada musim panas lalu, dan setakat ini telah menjaringkan lima gol dari 13 penampilan.

Tidak teragak-agak mendedahkan apa yang membuatkan beliau nekad berpindah ke Amerika Syarikat, Rooney berkata:

DC United memberikan jersi bernombor 9 untuk Wayne Rooney. (Photo by Patrick McDermott/Getty Images)

“Perpindahan itu ialah keputusan pemilik kelab. Beliau tahu beliau akan membawa ramai pemain masuk, dan beliau mahukan lebih wang,

“Itu keputusan beliau, tetapi saya kecewa bagaimana perkara tersebut diuruskan,” ujar Rooney kepada The Sunday Times.

“Saya mulai berfikir. Adakah sesuatu sedag berlaku? Jadi saya bersemuka dengan Sam [Allardyce].

“Saya bertanya: ‘Dengar sini. Saya bukan budak-budak. Apa yang sedang berlaku? Adakah kelab ini memerlukan saya atau tidak?

“Sam adalah seorang pengurus yang jujur. Beliau berkata: ‘Jika saya masih di sini musim hadapan, anda tidak akan beraksi sekerap yang diharapkan. Tetapi saya tidak pasti sama ada pemilik mempunyai pendapat yang sama.

LIVERPOOL, ENGLAND – NOVEMBER 29: Sam Allardyce (L) and Farhad Moshiri (R) watches the match from the stand during the Premier League match between Everton and West Ham United at Goodison Park on November 29, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

“Dan selepas itu, saya memerlukan tiga bulan untuk mendapatkan jawapan yang jujur dari pemilik kelab.

“Saya sentiasa mencuba untuk mendapatkan jawapan. Apa yang saya mahukan hanyalah penjelasan.

“Malah pengurus baru, Marco Silba turut terkejut apabila diberitahu saya akan pergi. Dan beliau mengetahui mengenai perkara itu sebelum saya sendiri diberitahu mengenai kedudukan saya di Everton,” ujar Rooney kecewa.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN