Alistair Edwards Tempelak Pihak Pengaruhi Pemain Muda Dari Sertai JDT Dengan Fakta Salah

Pengarah Teknikal Kelab Bola Sepak JDT, Alistair Edwards hari ini menempelak kembali pihak yang mempersoalkan penyertaan pemain muda ke kelab bola sepak selatan tanah air itu sebagai sekadar memanaskan bangku pemain simpanan.

Kenyataan tersebut dimuatnaik ke dalam laman media sosial Facebook milik kelab berkenaan.

Alistair Edwards yang jelas tidak senang dengan dakwaan sebegitu pantas menjawab dakwaan tersebut dengan beberapa fakta mengenai pemain muda yang sedang bersama JDT.

Mengambil contoh pemain skuad B-22 negara Safawi Rasid, pemain berusia 20 tahun itu telah beraksi selama 831 minit, iaitu bersamaan dengan 18 perlawanan bersama kelab JDT.

Pada musim ini, Safawi telah tampil sebanyak 6 kali dalam aksi Liga Super, 5 penampilan dalam pertandingan Piala Malaysia, 1 penampilanan dalam saingan Piala FA dan 4 kali tampil dalam kesebelasan utama JDT untuk saingan kelayakkan Piala ACL dan Piala AFC.

Seorang lagi pemain tengah berusia 23 tahun turut mempunyai jumlah perlawanan kompetitif yang banyak bersama JDT. Afiq telah mencatat 2063 minit aksi di atas padang.

Safawi Rasid / foto: Asiana.my

Setakat ini Afiq telah tampil dalam 17 daripada 21 perlawanan Liga Super membabitkan pasukan JDT, 5 penampilan di dalam Piala Malaysia, 4 kali beraksi di dalam pertandingan Piala FA dan 4 kali dalam aksi Piala AFC, menjadikan jumlah keseluruhan 30 perlawanan.

Pemain-pemain muda lain di dalam skuad utama JDT turut memperolehi minit perlawanan kompetitif yang tinggi. Nazmi Faiz, 23 tahun misalnya telah beraksi dalam 23 perlawanan setakat ini, membabitkan 1203 minit aksi di atas padang.

Bek kiri, Fazly Mazlan yang baru mencecah usia 23 tahun turut telah beraksi sebanyak 34 perlawanan, manakala pemain-pemain lain seperti Dominic Tan, Gary Steven Robbat, Darren Lok dan Junior Eldstal baru sahaja pulih daripada kecederaan, dan mulai tampil dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.

Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Berdasarkan fakta tersebut, Alistair Edwards berpendapat komen seorang bekas pemain kebangsaan baru-baru ini tidak mempunyai asas sama sekali.

Alistair Edwards turut menjelaskan bahawa pemain-pemain di bawah naugan kelab itu pasti akan memperolehi peluang untuk beraksi kerana perlu menempuhi jumlah perlawanan yang banyak pada setiap musim.

Selain daripada saingan peringkat domestik, JDT turut menjadi sebagai sebuah pasukan yang konsisten tampil dalam saingan peringkat Asia untuk beberapa musim kebelakangan ini.

Kredit: JOHOR Southern Tigers, Facebook.

Alistair Edwards turut percaya bahawa JDT adalah kelab bola sepak yang mempu mengembangkan potensi pemain muda, mengambil kira kemudahan dan fasiliti sedia ada di pusat latihan kelab berkenaan.

Pemain-pemain berpotensi yang bersama JDT turut akan mempunyai peluang beraksi dan berlatih di luar negara hasil hubungan baik kelab berkenaan dengan beberapa kelab di luar negara seperti di Jepun dan dari negara-negara lain.

“Inilah tempatnya semua pemain berkembang untuk jangka masa panjang kerana pemain senior bukan berada disini untuk selama-lamanya. Jadi pemain-pemain muda inilah yang akan bermain dan memikul tanggungjawab tersebut.”

“Selain itu, semua yang menjaga JDT adalah bekas pemain bola sepak dan tiada unsur politik keseluruhannya.” tegas Alistair dalam kenyataan tersebut.

Sumber:

1. JOHOR Southern Tigers (2017): PASTIKAN ANDA BERSUARA MENGGUNAKAN FAKTA; https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/914835655346401

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN