Shah Alam Condoh FC Terus Pamer Peningkatan, Tewaskan Klang Southern FC 1-0

Perlawanan pertama minggu ke-3 Selangor Champions League 2017 menyaksikan Shah Alam Condoh FC berjaya menewaskan Klang Southern FC 1-0 di Stadium Panasonic Shah Alam malam semalam.

Dalam perlawanan kali ini, Shah Alam Condoh turun dengan pemain-pemain utama mereka seperti minggu lalu. Manakala Klang Southern turun tanpa kelibat Kizito yang sebelum ini merupakan penjaring hatrik pertama kejohanan Selangor Champions League 2017.

Sebaik sahaja wisel perlawanan dibunyikan, kedua-dua pasukan melancarkan serangan ke atas kubu pihak lawan secara bertali arus.

Mengatur serangan menggunakan stratergi yang diatur jurulatih masing-masing, Shah Alam Condoh dan Klang Southern mempamerkan aksi yang baik pada 10 minit yang pertama.

Namun selepas itu Shah Alam Condoh seolah-olah hilang rentak apabila banyak hantaran-hantaran yang dilakukan tidak kesampaian serta gagal untuk memberi tekanan kepada Klang Southern.

Peluang itu diambil Klang Southern yang bermain lebih teratur untuk melancarkan serangan. Namun barisan pertahanan Shah Alam Condoh bijak menyerap asakan.

Pasukan Klang Southern dilihat banyak mengatur serangan di bahagian kanan mereka tetapi kawalan ketat bek kiri Shah Alam Condoh, Mohammad Razali Elbish menggagalkan usaha Klang Southern.

Keputusan jurulatih pasukan Shah Alam Condoh memasukkan ‘Neymar’ mereka, Faez Mahmuddin sebelum tamat separuh masa pertama berjaya membuahkan hasil apabila pemain tersebut berjaya membuka jaringan pada minit ke-30 perlawanan – hanya 2 minit selepas Faez dimasukkan.

Faez yang bermain di sayap kiri pasukan Shah Alam Condoh berjaya menewaskan bek kanan Klang Southern sebelum melepaskan satu sepakan lencong ke arah kiri gawang gol Klang Southern.

Tersentak dengan jaringan tersebut Klang Southern cuba bangkit mencari gol penyamaan namun ianya gagal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, pasukan Shah Alam Condoh dilihat sedikit bertahan dan kerap kali melancarkan hantaran-hantaran tinggi mencari penyerang mereka.

Manakala Klang Southern mengekalkan corak permainan mereka seperti di separuh masa pertama dengan memberi pressing yang tinggi kepada pasukan lawan.

Banyak peluang berjaya dihasilkan pasukan Klang Southern tetapi gagal diterjemahkan barisan penyerang mereka. Ini ditambah pula dengan kehilangan Kizito Somadina di bahagian hadapan yang memberi sedikit kesukaran buat pasukan Klang ini untuk mendapatkan gol.

Pada minit ke-45 perlawanan, barisan pertahanan Klang Southern nyaris menambah derita mereka sendiri apabila berlaku sedikit salah faham diantara mereka dan juga penjaga gol.

Tiada penambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Shah Alam Condoh FC.

Ini merupakan kemenangan kedua buat pasukan Shah Alam Condoh FC. Manakala dengan kekalahan pertama ini, Klang Southern perlu bangkit menentang PJ Level Up FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN