Isu Gaji: Alistair Edwards Sangkal Dakwaan Mario Gomez

Hari ini dalam satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berbahasa Inggeris The Malay Mail Online, bekas jurulatih JDT, Mario Gomez dilaporkan akan mengheret pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) ke mahkamah berhubung isu gaji tertunggak.

Pada 27 Ogos yang lalu, akhbar yang sama turut melaporkan Mario Gomez telah menggesa JDT melakukan penyelesaian segera ke atas tunggakan gaji beliau, atau akan mengambil tindakan undang-undang jika perlu.

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards, tampil menjawab dakwaan bekas jurulatih yang pernah membawa JDT menjuarai Piala AFC pada tahun 2015 melalui laman facebook rasmi, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

Menurut Alistair, Gomez dikatakan membuat kenyataan tidak benar mengenai pembayaran gaji tertunggak daripada pihak JDT.

“Mario Gomez telah membuat kenyataan bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepada beliau. Ini sememangnya tidak benar dan merupakan tindakan tidak sepatutnya dari pihak Encik Gomez. Faktanya ialah sebahagian daripada kontrak Encik Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.

“Encik Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Encik Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami untuk membuat pembayaran terus kepada Encik Longhi. Sejak 2015 JDT telah membayar komponen gaji ini secara terus kepada Encik Longhi daripada gaji Encik Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontrak Encik Gomez,” jelasnya.

Alistair juga menyangkal dakwaan Gomez tentang surat yang dihantar kepada JDT tidak dijawab.

“Encik Gomez juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kami tidak menjawab suratnya, kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia.” katanya.

Malah, Tunku Ismail yang juga pemilik skuad Harimau Selatan turut mencabar jurulatih dari Argentina itu supaya berusaha membawa beliau ke mahkamah.

“Teruskan usaha, Mario… $$$, sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya,” katanya.

Nama Mario Gomez turut disebut-sebut bakal menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Malaya pada bulan Mac lalu, namun rundingan untuk menetapkan bayaran gaji pengendali dari Argentina tersebut telah membantutkan niat FAM.

Gomez menafikan beliau meminta jumlah bayaran yang tinggi, dan akhirnya Nelo Vingada telah dipilih untuk mengisi posisi tersebut.

Gomez turut dikaitkan dengan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA sebelum ini, sebelum menamatkan spekulasi dengan menyertai Persib Bandung bagi menggantikan Djajang Nurdjaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN