Alisson: Kekecewaan Liverpool Musim Lalu Sebagai Kekalahan Berpasukan, Bukan Semata-Mata Kesilapan Karius

Karius

Alisson Becker menegaskan bahawa kegagalan Liverpool memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim lalu adalah sebagai kekalahan buat The Reds dan bukannya meletakkan sepenuhnya tanggungjawab terhadap Loris Karius.

Seperti diketahui umum, Karius melakukan dua kesilapan mudah yang menjurus kepada jaringan pembukaan Karim Benzema dan juga gagal menangkap kemas rembatan jarak jauh Gareth Bale, sekaligus mematikan sisa perjuangan Liverpool untuk bangkit pada perlawanan di Ukraine itu.

Alisson juga berpendapat bahawa Liverpool perlu untuk menang dan juga tewas sebagai satu pasukan.

Pendapat Alisson itu cukup sinonim dengan ayat keramat dalam filem ‘Ola Bola’ iaitu ‘kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama.”

DUBLIN, IRELAND – AUGUST 04: Loris Karius and Alisson Becker of Liverpool during the international friendly game between Liverpool and Napoli at Aviva Stadium on August 4, 2018 in Dublin, Ireland. (Photo by Charles McQuillan/Getty Images)

Menurut penjaga gol skuad kebangsaan Brazil itu, tidak adil untuk meletakkan kesalahan kepada seorang pemain sahaja.

”Saya tidak fikir anda boleh meletakkan kesalahan hanya kepada seorang pemain sahaja. Pasukan mempunyai 11 orang pemain.”

”Apabila kita menang, semua orang turut menang dan apabila anda kalah, semuanya akan kalah. Ia bukan hanya Karius yang tewas pada perlawanan itu, Liverpool juga merasainya. Musim ini kami mempunyai satu lagi peluang baru.”

”Kami tahu bagaimana perasaan apabila membuat kesilapan dalam kejohanan sebesar Liga Juara-Juara Eropah, ia sesuatu yang akan sentiasa menghantui sepanjang karier anda.”

”Tetapi dalam hidup ini, kita sentiasa mempunyai peluang untuk membuatkan segalanya baik. Saya cuba untuk kekal waspada terhadap segalanya.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN