Alisson Akui Telah Belajar Dari Kesilapan Beliau Ketika Menentang Leicester City

Kehadiran penjaga gol Brazil iaitu Alisson Becker kini telah mengubah situasi penjaga gol di Liverpool.

Musim ini, isu penjaga gol kelab itu dilihat sudah pun selesai dengan Alisson kini menjadi pilihan utama yang stabil bagi Jurgen Klopp.

Walaupun beraksi cemerlang di awal musim, satu sikap yang menjadi kegemaran Alisson adalah gemar menggelecek pemain lawan ketika menguasai bola.

Tindakan beliau itu telah menerima padah beliau memboloskan gol ketika menentang Leicester City selepas beliau yang dikuasai beliau dirampas pemain lawan dalam kotak penalti Liverpool sendiri.

LEICESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 01: Liverpool goalkeeper Alisson reacts after being dispossessed by Kelechi Iheanacho of Leicester City during the Premier League match between Leicester City and Liverpool FC at The King Power Stadium on September 1, 2018 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Menurut laporan Liverpool Echo, Alisson kini telah belajar dari kesilapan beliau ketika perlawanan itu.

Kata Alisson, beliau sebenarnya sedang menantikan rakan sepasukan beliau untuk hadir memberikan sokongan kepada beliau.

“Saya sedang menantikan pertahanan tengah untuk datang berikan sokongan dan juga saya harapkan pertahanan tepi turut hadir untuk berikan ruang untuk saya hantar bola.”

“Itulah yang jadi masa lawan Leicester City, saya tunggu pilihan untuk lakukan hantaran tetapi perkara itu lambat untuk berlaku.”

“Masa itu kami cukup ditekan oleh pasukan lawan dan saya tak tahu sama ada patutkah saya sepak saja bola itu keluar ke tempat duduk penonton.”

LEICESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 01: Liverpool goalkeeper Alisson during the Premier League match between Leicester City and Liverpool FC at The King Power Stadium on September 1, 2018 in Leicester, United Kingdom. (Photo by Marc Atkins/Getty Images)

Dalam masa yang sama, Alisson menganggap layanan pengadil di England berbeza dengan di tempat lain.

“Saya turut ditolak dari belakang ketika saya hilang bola itu. Tetapi itu adalah pengajaran penting buat saya mengenai Premier League.”

“Dari situasi itu, saya boleh faham yang pengadil tak akan tiup wisel tetapi jika di liga lain pastinya pengadil sudah berikan sepakan percuma kepada saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN