Alijus Sipil Dipilih Sebagai Presiden Baharu Sabah FA

Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengumumkan bekas Setiausaha Agungnya, Alijus Sipil dipilih sebagai presiden baharu persatuan itu bagi penggal 2018-2022.

Alijus memenangi kerusi panas itu setelah mendapat 39 undi daripada 52 perwakilan gabungan daerah manakala pencabarnya, Datuk Yussof Kassim yang sebelum ini memangku jawatan itu hanya memperoleh 13 undi dalam kongres tahunan SAFA kelmarin.

Sementara itu, ahli perniagaan yang juga adik Ketua Menteri Sabah, Hamid Apdal dan Datuk Rahman Zakaria masing-masing dipilih sebagai Timbalan Presiden selepas mendapat undian tertinggi 48 dan 27 undi.

Mereka menewaskan dua pencabar iaitu bekas pemain kebangsaan, Datuk James Wong yang mendapat 12 undi dan Fredoline Penggo dengan 10 undi.

Alijus berkata, beliau terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya dan berjanji akan melaksanakan tugas sebagai presiden sebaik mungkin.

Kredit: Sabah FA

“Memang kami gembira (dengan kemenangan ini) tapi ini juga satu tanggungjawab yang berat dan saya harap semua yang terpilih hari ini termasuk yang masih kekal akan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan bola sepak di negeri ini terus maju.

“Saya juga ingin menegaskan, sekiranya saya tidak dapat melaksanakan tugas sebagai presiden dengan baik, saya rela mengundur diri, tidak perlu tunggu sampai empat tahun lagi namun apa yang penting sekarang kami kena melihat ke depan dan memastikan SAFA serta bola sepak Sabah terus maju,” katanya kepada Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN