Alif Ikmalrizal Antara Pertaruhan Penting Penang Buat Saingan Hadapan

Penang kini boleh dikatakan menjadi pasukan paling aktif dalam memperkenalkan para pemain baharu sebelum mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim akan datang.

Melalui pengenalan di media sosial rasmi mereka, Penang telah pun memperkenalkan barisan pemain tempatan mereka yang dikekalkan pada tahun lalu untuk mengharungi musim seterusnya.

Antara pemain paling mencuri tumpuan, pastinya terarah kepada penyerang muda negara yang begitu menonjol pada saingan musim lalu di pentas domestik serta antarabangsa, Alif Ikmalrizal.

Nama Alif bukan lagi suatu yang asing buat Penang, apabila penyerang muda itu secara tiba-tiba tampil begitu menonjol dalam saingan MFL sebelum membuka mata kejurulatihan Malaysia bawah 23 (B-23) untuk diserap.

Malah, kematangan dipamerkan oleh Alif memastikan nama beliau pada pertengahan musim lalu lebih kerap dipanggil untuk mengukuhkan posisi serangan utama pasukan utama Penang dalam saingan Liga Super.

Sepanjang diberi peluang beraksi dalam saingan Liga Super, Alif telah pun meledak tiga gol secara keseluruhan daripada 13 perlawanan dilalui bersama Penang walaupun masih muda.

Di pentas antarabangsa, Alif tidak menunggu lama untuk memastikan beliau mula menjadi sebutan dalam kalangan peminat menerusi sentuhan berbisanya di hadapan gol.

Buktinya, Alif telah pun tampil selaku penjaring terbanyak dalam saingan Piala AFF B-23 pada tahun lalu bawah kendalian E. Elavarasan serta mempamerkan aksi cukup berkualiti di posisi serangan.

Secara keseluruhan, ini bakal menjadi detik terbaik buat Alif untuk terus membuktikan dirinya selaku antara penyerang yang mempunyai masa depan cerah bersama Harimau Malaya pada masa hadapan.

Bawah kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli, pastinya Alif bakal menjadi antara pertaruhan penting kerana gandingan kedua individu itu telah pun terbukti pada saingan MFL pada tahun lalu.

Apatah lagi, Penang juga sebelum itu dilaporkan tidak menggunakan ramai pemain import dan ianya bakal membuka ruang buat Alif serta pemain tempatan muda lain untuk menyerlahkan potensi mereka di pentas Liga Super.

Selain Alif, ramai lagi pemain yang beraksi dalam saingan Piala MFL pada tahun lalu diserap ke skuad utama pada saingan hadapan dan ia memberi gambaran Akmal sedia melonjakkan bakat-bakat muda Penang untuk diketengahkan ke pentas tertinggi domestik.

Pada pandangan anda, adakah Alif serta para pemain muda lain mampu menyerlah bersama Penang untuk saingan hadapan bawah sentuhan Akmal Rizal di pentas domestik?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN