Penyerang sensasi Arsenal Alexis Sanchez berkata, beliau pada tahap yang sama seperti superstar Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Alexis Sanchez pernah bermain bersama-sama dengan pemenang Ballon d’Or 5 kali Lionel Messi ketika di Barcelona sebelum meyertai Arsenal dengan harga £30 juta kontrak dua tahun yang lalu.
Beliau membantu Arsenal menjulang Piala FA serta menduduki tempat kedua dalam EPL musim lalu. Sanchez setakat ini sudah menjaringkan 30 gol untuk Arsenal daripada 68 penampilan dalam EPL.
Bercakap kepada akhbar sukan harian di Sepanyol Sports, Sanchez berkata:
“Saya telah mencapai tahap di mana saya boleh bersaing dengan mana-mana pemain yang hebat.”
“Saya tidak akan berasa rendah diri kepada sesiapa pun.”
“Saya boleh katakan yang kualiti saya adalah sama dengan Messi dan Ronaldo. Saya mempunyai kebolehan setaraf dengan mereka.”
Pemain antarabangsa Chile ini juga membantu negaranya menjuarai Copa America Centenario 2016. Mereka berjaya mempertahankan gelaran tersebut selepas kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Argentina yang diketuai Lionel Messi.
Kontrak Baru
Alexis Sanchez dikatakan masih belum menandatangani kontrak baru di Arsenal setakat ini. Namun begitu Arsene Wenger tidak panik dengan keadaan itu dan yakin Alexis akan menyambung kontrak beliau di Arsenal.
Laporan the Mirror menyatakan Alexis meminta kenaikan gaji sekitar £30 juta. Gaji semasa beliau adalah £140,000 seminggu. Ini bermakna Sanchez meminta gaji £175,00 seminggu.
Musim 2016/17
Arsenal bermula dengan sederhana pada musim ini di EPL. Namun Alexis tetap berjaya memberikan aksi yang baik terutama ketika kemenangan 1-3 menentang Watford.
Pada perlawanan pertama UCL, Alexis membantu Arsenal untuk mencuri 1 mata daripada Paris St. Germain selepas meledak gol penyamaan.
Baca juga :Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka