Alexis Sanchez Pilih Manchester United, Ditawarkan Gaji £400,000 Seminggu

Sebelum ini Manchester City dikatakan calon tunggal untuk memenangi persaingan mendapatkan Alexis Sanchez.

Namun semalam, The Guardian muncul dengan berita yang pastinya tidak mahu didengar penyokong Arsenal. Mereka melaporkan Alexis Sanchez memilih Manchester United sebagai destinasi beliau yang seterusnya.

Ia pastinya akan mengulangi perpindahan Robin Van Persie ke kelab tersebut pada beberapa musim yang lalu.

Sebelum itu, Jose Mourinho mengakui beliau mahukan Alexis Sanchez dengan memberitahu, dalam hidup anda harus cuba untuk menggunakan kesempatan jika ada peluang terbaik.

Alexis Sanchez digugurkan daripada senarai pasukan yang menentang Bournemouth. Wenger menepis spekulasi yang Sanchez tidak mahu bermain di dalam perlawanan tersebut.

The Guardian juga melaporkan ejen Sanchez, Fernando Felicevich telah pergi ke Manchester untuk membincangkan potensi perpindahan ke kelab Manchester United.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 02: Alexis Sanchez of Arsenal looks on during the Premier League match between Arsenal and Manchester United at Emirates Stadium on December 2, 2017 in London, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Jumaat lalu, Wenger akur dengan masa depan Sanchez yang sudah jelas sudah tidak di Arsenal lagi. Pada awal musim ini, Wenger yakin Sanchez akan menandatangani kontrak lanjutan.

Oleh itu, pada jendela perpindahan pra-musim, Arsenal menolak tawaran £60 juta daripada City.

Jika Arsenal tidak menjual Sanchez pada Januari ini, beliau akan pergi secara percuma selepas ini.

United dikatakan menawarkan gaji £400,000 seminggu di Old Trafford dan menawarkan Arsenal £30 juta. Jika ini benar berlaku, Alexis Sanchez akan menjadi pemain dengan gaji paling tinggi di EPL.

Beliau sebelum ini dilaporkan meminta £330,000 seminggu di Emirates dan ia jauh lebih tinggi daripada polisi gaji yang ditetapkan oleh Arsenal.

Arsenal juga masih belum mendapat tandatangan Mesut Ozil yang juga kontraknya bakal berakhir pada akhir musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN