Early Man, Filem Animasi Bola Sepak Yang Menghiburkan

Anda pernah menonton kartun Wallace & Gromit serta Shaun The Sheep? Ya, syarikat Aardman Animation akan mengeluarkan sebuah naskhah baru dalam portfolio mereka tidak lama lagi.

Sebuah filem animasi ‘stop-motion’ yang diberi nama Early Man. Namun apakah dimaksudkan dengan filem Early Man ini?

Jenaka pra-sejarah

Filem ini mengisahkan Dug yang telah tersesat masuk ke satu tamadun asing bagi dirinya. Sebelum ini, beliau tinggal dengan kejiranannya sewaktu era Zaman Gangsa.

Malah, mereka masih tinggal di dalam gua dan menggunakan peralatan primitif dalam kehidupan seharian. Sedangkan tamadun baru yang tidak sengaja dicerobohi Dug sudah berada di era Zaman Logam.

Namun, pemerintah Zaman Gangsa ingin menguasai kawasan kejiranan Dug. Maka, demi mempertahankan tempat tinggal, Dug serta penduduknya terpaksa bermain bola sepak.

Sedangkan mereka tidak ada langsung asas sukan tersebut!

Apa kata penerbit?

Hargailah kerja sukar mereka, jangan sokong cetak rompak atau muat turun secara haram! Sumber: LA Times.

Semasa temuramah bersama Los Angeles Times, pengarah filem ini, Nick Park menyifatkan penghasilan filem ini amat mencabar. Malah, beliau terpaksa menyiapkan terlalu banyak watak daripada tanah liat.

Pengarah animasi memberitahu, sekiranya krew tersilap melakukan ‘shot’, mereka terpaksa mengulangi daripada permulaan babak. Anda semua tahu betapa mencabarnya menghasilkan animasi daripada tanah liat seperti ini.

Malah, keseragaman suara dengan pergerakan watak juga diambil kira. Siapakah akan membawakan watak-watak dalam filem ini?

Tiada seorang pun pemain bola sepak akan menyumbangkan suara. Antara pelakon menyumbangkan suara ialah Eddie Redmayne, Tom Hiddlestone dan Maisie Williams.

Bagi yang anda pernah menonton The Damned United, pelakon yang melakonkan watak Peter Taylor, Timothy Spall turut menyumbangkan suara.

Keluar di Malaysia?

Rasanya tidak rugi menonton filem ini nanti! Sumber: Cinema Clock.

Dikhabarkan filem ini bakal membuka tirai pada 26 Januari ini di Britain. Malah, difahamkan di sesetengah negara, filem ini juga mula disiarkan pada awal Februari.

Penulis sebenarnya tertunggu-tunggu juga bilakah filem ini akan disiarkan di Malaysia. Cuma, diharapkan filem ini dapat disiarkan semasa Piala Dunia nanti.

Tetapi, sebenarnya filem ini dibuat bukan untuk Piala Dunia. Hanya kebetulan ia disiarkan pada tahun kejohanan berprestij diadakan.

Malah, tema pra-sejarah itu sebenarnya idea peribadi Nick Park sendiri!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN