Alexis Sanchez Hadiri Majlis Perasmian Monumen Beliau Di Chile

Alexis Sanchez kini ada monumen ataupun tugu peringatan beliau sendiri di Chile.

Anda masih ingat dengan artikel kami beberapa hari yang lalu? Artikel ini:

Ivan Zamorano:”Kalau Messi Orang Chile, Kiri Kanan Monumen Beliau.”

Petikan kata-kata Zamorano adalah:

“Jika Messi orang Chile, banyak monumen beliau dibina di seluruh negara. Beliau mungkin akan letih mendengar penghormatan (tribute) di sana sini.”

Ia merujuk kepada sikap peminat bola sepak di Chile yang sangat fanatik untuk memberikan penghormatan kepada pemain bola sepak bertaraf bintang.

Satu monumen dibina dengan replika Alexis Sanchez serta trofi, termasuk Copa America yang mereka menangi dalam edisi sebelum ini menewaskan Argentina.

Di belakang patung Sanchez pula ada logo kelab-kelab yang diwakili Sanchez.

Monumen Alexis Sanchez yang megah dengan jersi Chile itu dipersembahkan kepada umum selepas dirasmikan oleh Sanchez sendiri.

Sanchez turut menyematkan satu cap tangan dan cap kaki ala Hollywood Walk Of Fame. Di sebelah cap tangan Sanchez, terdapat satu mesej khas dari Alexis yang bertulis:

“Jangan pernah bersedih hanya kerana seseorang memberitahu yang anda tidak mampu melakukan sesuatu di dalam hidup anda. Jika anda ada impian, pertahankan impian anda.”

Sanchez jelas gembira dengan penghormatan yang diberikan oleh penyokong-penyokong Chile.

Ini pastinya akan membangkitkan lagi semangat beliau untuk membantu Chile mara ke Piala Dunia.

Selepas kekalahan di tangan Argentina dalam perlawanan kelayakan baru-baru ini, Chile berada di taggga ke-6 untuk kelayakan zon Amerika Selatan.

Sanchez masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Arsenal. Hal ini mungkin meresahkan segelintir penyokong Arsenal.

Baca juga: Kerana Bergaduh Ketika Latihan, Wenger Gugurkan Sanchez Dari Skuad Utama Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN