Alexis Sanchez, Kontrak Baharu Fellaini Punca Peningkatan Bayaran Gaji Manchester United

Jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh Manchester United untuk membayar gaji pemain telah merekodkan peningkatan 10% berbanding tahun lalu. Peningkatan tersebut adalah antara pendedahan yang ditunjukkan oleh laporan kewangan terkini kelab tersebut.

Menariknya, peningkatan ketara tersebut adalah disebabkan pelaburan United untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez sejak Januari lalu.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)
Laporan kewangan suku ketiga

Manchester United baru-baru ini mengeluarkan laporan kewangan untuk suku ketiga tahunan yang direkodkan sehingga 30 September lalu.

Antara perkara yang didapati dari laporan kewangan tersebut ialah peningkatan bayaran berjumlah £7.1 juta untuk jumlah keseluruhan £77 berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Sanchez menyertai Arsenal pada Januari dan pendapatan beliau dikatakan berjumlah £300,000 termasuk bonus. Pemain lain yang menyertai Manchester United selepas Sanchez ialah Fred, Diogo Dalot dan Lee Grant.

Kontrak baharu yang dimeterai bersama pemain tengah, Marouane Fellaini juga dikatakan menyumbang kepada jumlah perbelanjaan untuk gaji pemain di Old Trafford.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)
Kewangan kekal kukuh

Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward menganggap prestasi Manchester United sebagai musim ini tidak menentu namun berkata yakin prestasi di atas padang akan pulih.

“Kedudukan kami di Champions League masih lagi membanggakan. Walaupun permulaan musim menunjukkan prestasi tidak menentu, keseluruhan skuad, pengurus dan semua pihak di United berusaha untuk memperbaiki keadaan ini bersama-sama.”

Photo by Matthew Lewis/Getty Images)

Jumlah jangkaan keuntungan Manchester United untuk tempoh suku pertama tahun 2019 juga diramalkan akan merosot dari  £143.7 juta kepada £135 juta. Namun demikian Woodward yakin kelab tersebut akan mencapai rekod baru dari segi keseluruhan keuntungan tahun hadapan.

“Kekuatan kewangan kelab ini membenarkan kami untuk mengekalkan mencari dan mengekalkan pemain utama dan juga melakukan pelaburan kepada akademi milik kami,” tambah beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN