Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji anak buahnya, Alexandre Lacazette yang disifatkannya pemain yang berasal dari Perancis itu bukan sekadar penjaring gol buat Arsenal.
Lacazette berjaya menjaringkan dua gol ketika perlawanan menentang West Bromwich Albion (WBA) pagi tadi dalam aksi yang berjaya dimenangi anak buah Wenger itu dengan keputusan 2-0.
Pemain antarabangsa Perancis itu sudah berjaya menghasilkan empat gol daripada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dan Wenger tidak berselindung untuk memuji pemain berusia 26 tahun tersebut.
”Dia bukan sahaja penjaring gol tetapi dia juga memberikan kesinambungan kepada serangan secara berpasukan dengan baik,” kata Wenger.
”Dia juga bertarung dengan baik dan tidak terburu-buru terhadap cabaran fizikal yang diberikan pemain West Brom, secara keseluruhan dia kelihatan menyesuaikan diri dengan cepat dan sangat baik.”
Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal berjaya melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada lima perlawanan dalam semua pertandingan sejak mereka tewas 4-0 ditangan Liverpool pada Ogos lalu.
Wenger turut gembira dengan tindak balas anak buahnya selepas kekalahan tersebut dan kemenangan menentang West Brom itu berjaya melonjakkan mereka ditangga ke-7 liga.
“Ya sudah tentu kita berada dalam kedudukan yang berbeza, juga aspek mental yang berbeza,” katanya.
“Tetapi kita tahu bahawa kita hidup di dunia di mana apabila anda merindukan permainan seperti mana yang kita lakukan di Liverpool, anda menghadapi persekitaran yang sangat sukar selepas itu.”
“Hanya ada satu cara untuk bertindak balas, iaitu untuk menunjukkan watak anda dan bertindak balas dengan keputusan di padang.”
Sumber :
FourFourTwo (2017) – https://www.fourfourtwo.com/news/lacazette-not-just-a-goalscorer-wenger