‘Penipuan’ Dilakukan Alexis Sanchez Seharusnya Mendapat Kad Kuning – Tony Pulis

Tony Pulis

Pengurus West Bromwich Albion (WBA), Tony Pulis jelas tidak berpuas hati dengan Alexis Sanchez dan menuduh pemain antarabangsa Chile itu telah melakukan ‘penipuan’ untuk mendapatkan sepakan percuma.

Pulis turut menegaskan WBA sepatutnya diberikan sepakan penalti ketika perlawanan yang berkesudahan anak buahnya tewas 2-0 ditangan Arsenal di Stadium Emirates pagi tadi.

Jay Rodriguez telah dijatuhkan dalam kotak penalti selepas kekasaran yang dilakukan Shkodran Mustafi  ketika aksi masih terikat tanpa jaringan dan kembali bangun untuk melakukan rembatan yang berjaya dihalang Petr Cech lalu terkena tiang gol. Robert Madley tidak mengendahkan situasi itu dan meneruskan permainan.

“Perkara yang mengecewakan adalah Sanchez jatuh untuk tendangan bebas (sepakan percuma) yang pertama, itu adalah satu penipuan, ” kata pengurus West Brom itu, yang juga mendakwa Mustafi sepatutnya dibuang padang, beliau memberitahu kepada Sky Sports.

”Jay sangat jujur dan tidak mendapat sepakan penalti akibat dari insiden itu. Semua orang melihat apa yang telah berlaku, Sanchez sebenarnya hanya melakukan ‘diving’ untuk mendapatkan sepakan percuma, sepatutnya dia diberikan kad kuning akibat perbuatannya.”

“Kemudian anda melihat terjahan di dalam kotak itu. Pengadil mempunyai pandangan yang baik. Semua orang telah melihatnya dan boleh menilainya.”

”Ianya bukan sahaja hanya satu kekasaran tetapi boleh mengakibatkan pemain tersebut mendapat kad merah. Ianya juga boleh menjadi sepakan penalti dan bermain menentang 10 orang pemain tetapi mari kita lupakan mengenai pengadil.”

Arsenal menjaringkan gol pertama pada minit ke-20 apabila Alexandre Lacazette berjaya menanduk masuk bola hasil sepakan percuma dari Alexis Sanchez yang terlebih dahulu singgah di palang gol untuk jaringan pendahuluan buat tuan rumah.

The Gunners menambah jaringan kedua pada minit ke-67 selepas Lacazette sekali lagi menemui sentuhan jaringan apabila menyudahkan sepakan penalti yang dianugerahkan selepas Aaron Ramsey dikasari Allan Nyom.

Tony Pulis
West Bromwich Albion’s French-born Cameroonian defender Allan Nyom (L) pleads with English referee Bobby Madley (R) after conceding a penalty during the English Premier League football match between Arsenal and West Bromwich Albion at the Emirates Stadium in London on September 25, 2017. / AFP PHOTO / Ian KINGTON

Membincangkan mengenai insiden Jay Rodriguez pada sidang akhbar selepas perlawanan, pengurus berusia 59 tahun itu berkata: ”Orang berkata bahawa Jay terlalu jujur, adakah kejujuran perkara yang harus dilakukan ?

“Kami tidak mempunyai penalti selama setahun. Fakta adalah fakta dan saya hanya gembira apabila semua orang melihatnya.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil (atau penalti Arsenal). Kami membuat banyak peluang dan melupakan keputusan pengadil.”

“Saya gembira dengan beberapa keadaan, kecewa dengan orang lain.”

Bagi pihaknya, Rodriguez merasakan dia dikasari, Tony Pulis berkata: “Bagi saya, saya berasa ada sentuhan dilakukan.”

Sumber :

ESPN FC (2017) http://www.espnfc.co.uk/english-premier-league/story/3213445/cheating-alexis-sanchez-should-have-been-booked-for-diving-tony-pulis

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN