Alexander-Arnold: Pemain Terbaik Seperti Cristiano Ronaldo Turut Mempunyai Kelemahan

Alexander-Arnold

Pemain muda Liverpool, Trent Alexander-Arnold tidak menolak kenyataan bahawa Cristiano Ronaldo merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman, tetapi menjelaskan bintang Real Madrid itu juga tidak sempurna.

Pemain pertahanan berusia 19 tahun itu kini sedang giat melakukan persiapan menjelang pertembungan final Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid.

Perlawanan berprofil tinggi itu sudah pasti dinantikan Alexander-Arnold, bukan sahaja kerana ia merupakan perlawanan akhir tetapi Liverpool bakal berhadapan gergasi bola sepak dunia.

Sehubungan dengan itu, beliau menyuarakan keyakinan dapat memberikan kesukaran buat pemain antarabangsa Portugal pada perlawanan yang akan berlangsung di Kiev itu.

”Dia (Cristiano Ronaldo) merupakan salah seorang pemain terbaik. Dia melakukan perkara menakjubkan dalam permainan tetapi dia juga turut mempunyai kelemahan, sama seperti pemain yang lain miliki,” kata Alexander-Arnold kepada AFP.

BARCELONA, SPAIN – MAY 06: Cristiano Ronaldo of Real Madrid CF competes for the ball with Sergi Roberto of FC Barcelona during the La Liga match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou on May 6, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

”Sabtu nanti kami akan cuba untuk mengekploitasi mereka (Real Madrid) dan menghentikan kemaraan dia dari melakukan apa yang terbaik boleh dilakukannya, untuk mengelakkan dia dari menjaringkan gol.”

Dalam pada itu, Trent Alexander-Arnold menganggap bukan Ronaldo sahaja yang menjadi ancaman buat mereka pada perlawanan akhir nanti.

”Ia bukan hanya aksi seorang pemain sahaja. Mereka juga turut mempunyai ancaman lain dan mempunyai barisan pemain yang luar biasa.”

”Walaupun pemain itu datangnya dari bangku simpanan, mereka masih merupakan pemain kelas dunia. Jadi ia memberikan kesukaran buat semua yang berada dalam padang.”

”Ia sangat sukar tetapi kami gembira untuk berhadapan dengan keadaan ini.”

Hal itu dibuktikan apabila Real Madrid mempunyai barisan pemain simpanan yang begitu berkualiti seperti Lucas Vasquez, Marco Asensio, Matteo Kovacic dan ramai lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN