Melissa Reddy dari Goal.com melaporkan Alex Oxlade Chamberlaine menolak tawaran dari Chelsea untuk menyertai Liverpool.
Jurgen Klopp dikatakan faktor utama yang mendorong kepada keputusan itu. Liverpool menghantar bidaan £35 juta sebaik sahaja pemain tersebut menyatakan minatnya untuk ke Anfield berbanding dengan Chelsea.
Salah satu sebab Chamberlain tidak mahu ke Chelsea kerana Antonio Conte mahu menjadikan beliau bek sayap. Peranan yang beliau galas ketika di Arsenal dalam beberapa perlawanan musim lalu dan awal musim ini.
Chelsea sudah menghantar bidaan £40 juta yang dilaporkan sudah diterima oleh pihak Arsenal. Alex Oxlade Chamberlain menolak untuk melanjutkan kontrak di Arsenal.
Alex Oxlade Chamberlain dikatakan pernah memberitahu Jurgen Klopp sebelum ini bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak di Emirates. Ia seakan-akan menghantar isyarat kepada pengendali Liverpool itu untuk mendapatkan beliau.
Melissa Reddy turut menyatakan yang Alex Oxlade Chamberlain bukanlah pemain yang berada di dalam sasaran Liverpool kali ini.
Namun selepas mengambil kira squad depth, Liverpool akhirnya mengalihkan perhatian kepada pemain yang menyatakan hatinya ingin bermain untuk Liverpool.
Jika pada pasaran sebelum ini, harga Chamberlain mungkin sekitar £10 juta, tetapi kerana inflasi yang berlaku dalam pasaran perpindahan, harga itu meningkat sehingga £30 juta seperti yang diminta oleh Arsenal.
Chamberlain menjadi pemain ke-4 direkrut oleh Klopp kali ini selepas Mohamed Salah, Dominic Solanke dan Andy Robertson. Naby Keita pula pemain yang direkrut untuk musim hadapan.
Namun begitu, Chamberlain masih perlu menjalani ujian medikal yang dijangka akan dilakukan di kem skuad kebangsaan England.
https://www.youtube.com/watch?v=YOkO_67FIU8
Sumber