Renato Sanches Sertai Swansea Dari Bayern Munich Secara Pinjaman

Ketika penyokong Swansea City masih sedang merawat luka perpisahan mereka dengan pemain tengah kegemaran mereka, Gylfi Sigurdsson yang berhijrah ke Everton, Paul Clement memberi mereka satu sebab mengapa mereka tak perlu terus bersedih dengan menandatangani Renato Sanches.

Pengurus Swansea itu – juga merupakan bekas penolong Carlo Ancelotti di Bayern Munich – berjaya meyakinkan prodigi tengah kelahiran Portugal itu untuk datang ke Liberty Stadium selepas menjanjikan tempat kesebelasan utama di Swansea di liga paling kompetitif di dunia, Premier League.

Sanches menyertai Swansea secara pinjaman dengan kontrak setahun. Beliau dijangka akan menyertai latihan Swansea selepas cuti perlawanan antarabangsa pada 5 September 2017.

Sanches yang baru berusia 20 tahun merupakan pemain tengah box-to-box yang dikurniakan kemahiran teknikal, stamina dan keseimbangan badan yang tinggi. Beliau turut seorang pemain tengah yang rajin, agresif dan berani – sesuai dengan corak permainan pantas di Premier League.

(Photo by Lukas Schulze/Bundesliga/DFL via Getty Images )

Sanches yang berhijrah ke Bayern dari Benfica pada musim panas 2016 dengan yuran perpindahan sebanyak £31.5 juta membuat 25 penampilan (rata-ratanya dari bangku simpanan) pada musim lepas.

Jika dikira daripada minit bermain, secara puratanya Sanches hanya bermain sebanyak 36 minit dalam satu perlawanan pada musim lepas.

Pada musim lepas di Bayern, Sanches mendapati dirinya berada di belakang Arturo Vidal, Thiago Alcantara, Javi Martinez, Xabi Alonso dan Joshua Kimmich dari segi pemilihan pemain.

Meskipun Xabi Alonso telah bersara pada musim ini, kehadiran Corentin Tolisso (dari Lyon) dan Sebastian Rudy (dari Hoffenheim) nyata mengehadkan lagi peluang Sanches untuk bermain di Bayern Munich.

Kekurangan minit bermain ini membuatkan Sanches digugurkan dari skuad kebangsaan Portugal daripada FIFA Confederation Cup 2017. Malah beliau turut digugurkan sekali lagi daripada panggilan skuad Portugal baru-baru ini.

(AP Photo/Laurent Cipriani)

Di Swansea, Sanches dapat fokus meningkatkan prestasi peribadinya dengan tempatnya di kesebelasan utama Swansea sudah terjamin. Selain itu, beliau turut dapat belajar bermain di tengah daripada penolong pengurus Swansea, Claude Makelele.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN