Lagenda Manchester United, Gary Neville mempersoalkan bahawa pembelian terbaru Liverpool iaitu Alex Oxlade-Chamberlain samada benar-benar berkualiti untuk menjadi kesebelasan utama The Kops.
Liverpool telah menandatangani pemain tersebut pada hari Jumaat dengan yuran perpindahan sebanyak £ 35 juta dari Arsenal. Pemain antarabangsa England itu telah menolak tawaran yang dibuat Chelsea dan memilih untuk bekerjasama dengan Jurgen Klopp di Anfield.
Keputusan itu diambil setelah Oxlade-Chamberlain yang mahukan aksi sebagai pemain tengah berbanding di bahagian sayap. Klopp mahukannya bermain di bahagian tengah berbanding Antonio Conte yang pastinya akan menggunakan beliau sebagai pemain sayap belakang (wing back).
Gary Neville walau bagaimanapun melihat situasi itu tidaklah semudah yang disangka kerana masih terdapat Philippe Coutinho, Emre Can, Jordan Henderson dan Adam Lallana yang beraksi di posisi yang sama.
”Oxlade-Chamberlain bukan diantara kesebelasan utama Liverpool,” Jelas Gary Neville kepada Sky Sports.
“Semua orang memberi penghormatan kepadanya selama 24 jam yang lalu, tetapi beliau tidak akan mendapat tempat untuk kesebelasan utama.
“Namun, beliau mampu untuk menguatkan skuad mereka kerana Oxlade-Chamberlain merupakan pemain yang boleh bermain dalam gaya Jurgen Klopp.
“Dia mempunyai bakat yang besar tetapi mempunyai tiga atau empat kelemahan yang mana ia harus dipertingkatkan dengan ketara.”
Neville merasakan Oxlade-Chamberlain perlu melangkah keluar dari “zon selesa” seperti ketika berada di Arsenal jika beliau mahu berjaya di Anfield.
“Beliau mahu melakukannya dengan baik tetapi perlu bangkit dari berada di zon selesa.”
Sumber :
Liverpool Echo (2017) – http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/football-news/gary-neville-questions-alex-oxlade-13562345