Alex Oxlade-Chamberlain: Liverpool Boleh Hadapi Situasi Tanpa Phillipe Coutinho

Alex Oxlade-Chamberlain

Pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain tidak mahu berfikir panjang mengenai pemergian bekas rakan sepasukannya, Phillipe Coutinho ke Barcelona dan menyifatkan perpindahan tersebut sebagai ‘perniagaan seperti biasa’ di Anfield.

Coutinho meninggalkan Liverpool kira-kira seminggu yang lalu dan perpindahan tersebut menjadikan rekod perpindahan kedua tertinggi dalam sejarah bola sepak dunia ketika ini.

Seperti apa yang diperkatakan kebanyakkan penyokong Liverpool di Malaysia sendiri, Oxlade-Chamberlain merasakan tiga lagi sandaran hebat pasukan iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino mampu untuk menampung kehilangan bintang Brazil tersebut.

Trio serangan itu berpeluang untuk membuktikannya pada perlawanan pada Ahad ini apabila Liverpool bakal berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City di laman sendiri.

Peluang buat Liverpool juga untuk meranapkan rekod tanpa kalah lawan dan juga membalas kekecewaan dibelasah 5-0 pada perlawanan di Stadium Etihad pada September tahun lalu.

”Saya tidak pernah berfikir mengenai Phillipe Coutinho yang meninggalkan pasukan,” kata Alex Oxlade-Chamberlain.

Trio serangan ini masih mampu untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan Coutinho. Foto: Liverpool FC

”Anda menyedari ianya sudah berlaku tetapi anda tidak boleh mula berfikir ‘apa yang akan kita lakukan apabila Phil (Coutinho) tidak ada disini?”

”Ianya tidak boleh sama sekali. Itu adalah perniagaan seperti biasa.”

”Apabila kami kehilangan Phil dalam pasukan, kami masih mempunyai pemain bola sepak dan pemain menakjubkan yang mampu menghasilkan jaringan seperti Mo (Salah), Sadio (Mane) dan Roberto (Firmino).”

”Hakikatnya dia telah pergi sekarang dan kami perlu berfikir ‘apa yang perlu kita lakukan untuk menyelesaikan tugasan kita?”

”Saya mempunyai kepercayaan kepada semua pemain dan sekarang kami perlu memandang kehadapan. Saya tidak fikir ianya sama sekali akan memberikan kesan kepada kami. Apabila pemain besar meninggalkan kelab. Anda berada di kelab yang besar seperti Liverpool, seorang lagi pemain besar akan muncul pada masa hadapan.”

”Saya mengucapkan selamat maju jaya buat Phil dan perkara yang hanya menjadi fokus saya adalah kepada Liverpool dan untuk memenangi seberapa banyak perlawanan yang boleh, bermula dengan perlawanan bertemu Manchester City.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN