Barcelona Lengkapkan Perpindahan Bernilai €11.8 Juta Bagi Dapatkan Yerry Mina Dari Palmeiras

Barcelona berjaya melengkapkan perpindahan kedua pasukan pada jendela perpindahan ini apabila mendapatkan khidmat pemain pertahanan antarabangsa Colombia, Yerry Mina dengan nilai €11.8 juta.

Mina yang diikat selama lima tahun setengah itu pada mulanya dijadualkan akan menyertai kelab Catalan tersebut pada musim panas nanti, namun kesepakatan telah diambil bagi membawa pemain pertahanan dari Palmeiras itu lebih awal.

Urusan bagi memancing Mina sepatutnya dilakukan selepas Piala Dunia 2018 di Russia tetapi pihak Barcelona memilih untuk mempercepatkan urusan tersebut tatkala pemain tersebut juga turut menyatakan keinginnya bagi menyertai skuad yang dibimbing Ernesto Valverde itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi Barcelona: ”Yerry Mina datang ke Barcelona dengan peluang untuk terus mengembangkan bakat sebagai pemain bola sepak dengan berhijrah ke Eropah. Tanpa ragu pemain dari Colombia ini mampu untuk melakukannya.”

Yerry Mina
SAO PAULO, BRAZIL – NOVEMBER 06: Yerry Mina of Palmeiras runs with the ball during the match between Palmeiras and Internacional for the Brazilian Series A 2016 at Allianz Parque on November 6, 2016 in Sao Paulo, Brazil. (Photo by Friedemann Vogel/Getty Images)

Kehadiran Mina di Nou Camp dapat meningkatkan kekuatan jentera pertahanan Barcelona selepas Javier Mascherano dilaporkan akan meninggalkan kelab tersebut dengan kelab China, Hebei China Fortune menyatakan minat untuk merekrut pemain antarabangsa Argentina itu.

Yerry Mina yang berketinggian 195 cm itu disifatkan oleh Barcelona sebagai seorang pemain yang tinggi dan pantas serta mampu menjadi ‘ball playing defender’.

Ketika bersama Palmeiras, Mina telah berjaya mencipta 9 jaringan daripada 49 penampilan bersama kelab dari Brazil itu.

Dalam kancah antarabangsa pula, beliau menjaringkan 3 gol dalam 9 penampilan bersama skuad kebangsaan Colombia. Mina melakukan debut antarabangsanya pada 8 Jun 2016.

Ketika ini, Valverde akan meletakkan Thomas Vermaelen untuk bergandingan di bahagian pertahanan tengah bersama Gerrard Pique berikutan kecederaan hamstring yang dialami Samuel Umtiti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN