Alex Cari Angin Baru

FAM

Baru-baru ini tiga pemain dari kelab Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Azamuddin Akil, S Chanturu dan R Gopinathan digugurkan dan keputusan itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi akaun rasmi Facebook, Johor Southern Tigers (JST).

Azamuddin yang lebih terkenal dengan panggilan Alex berkata, dia yakin masih mampu memberikan persembahan terbaik bersama pasukan baru seperti pernah dipamerkan ketika bersama pasukan kebangsaan dan JDT.

“Selepas dua musim bersama JDT, tiba masanya saya beralih angin meneruskan kerjaya bola sepak dengan pasukan baru musim depan yang mungkin lebih mencabar dan mampu memberikan sinar baru dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Sebagai pemain profesional, saya sentiasa bersedia menerima apa saja keputusan dan pengumuman digugurkan oleh pengurusan (JDT) sudah dijangka,” kata pemain kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu.

Azamuddin Akil/JDT -Kredit gambar: Ahmad Ridhuan/www.asiana.my

Bekas penyerang kebangsaan, Azamuddin Akil masih mempertimbangkan tawaran beberapa pasukan selepas juara Liga Super dan Piala Malaysia 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lagi berminat menyambung kontraknya musim depan.

Katanya, keputusan pasukan mana yang akan disertai musim depan hanya ditentukan selepas memikirkan pelbagai perkara.

“Saya perlu melupakan terus kisah lalu dan usaha membuka buku baru perlu dilakukan bersama pasukan baru. Justeru tawaran diterima perlu dipertimbangkan secara bijak demi masa depan yang lebih berjaya.

“Saya tidak boleh mendedahkan nama pasukan yang memerlukan khidmat saya selagi keputusan terakhir belum dibuat oleh kedua belah pihak,” kata bekas penyerang Pahang yang berjaya membantu skuad Tok Gajah menjulang Piala Malaysia dua musim berturut-turut (2013/2014).

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN