Selagi Chelsea Masih Menang, Conte Mahu Terus Simpan Jambang Baharunya!

Bagaimana anda menilai prestasi Chelsea dalam Premier League musim ini? Adakah ianya baik? Cemerlang? Atau biasa-biasa sahaja?

Sebagai juara bertahan, pastinya ramai yang akan menjangkakan Chelsea akan bermula garang di awal musim. Sebaliknya, pasukan seperti Manchester City dan juga Manchester United yang memberikan cabaran lebih hebat ketika ini.

Dengan bermulanya aksi Premier League selepas berehat seketika, Chelsea pastinya mahu mendapatkan kemenangan lebih-lebih lagi apabila bertemu West Bromwich Albion.

Perlawanan ini mungkin nampak biasa, namun ia menjadi menarik apabila Antonio Conte tampil sedikit berbeza dari segi penampilan beliau.

Ketika sidang media pra-perlawanan, Conte dilihat telah tampil dengan mempunyai jambang di mukanya!

Conte dengan jambang baharunya ketika sidang media pra-perlawanan Chelsea-West Bromwich Albion. Gambar: Getty Images

Nasihat isteri

Menurut Conte, keputusan beliau untuk menyimpan jambang itu hadir menerusi nasihat isteri beliau.

“Isteri saya cadangkan saya untuk menyimpan jambang. Saya tak tahu ia nampak sesuai atau tidak dengan saya tapi isteri minta saya cuba.”

Kata Conte, jambang ini bukanlah terikat dengan mana-mana kepercayaan sebaliknya ia cumalah gaya baharu yang cuba digayakan oleh beliau.

“Tiada kena mengena dengan mana-mana kepercayaan kerana ini pertama kali saya cuba menyimpan jambang. Kita tengok sama ada jambang ini akan beri tuah atau tidak kepada Chelsea.”

Conte berharap jambang baharunya akan memberikan tuah kepada Chelsea. Katanya, beliau akan menyimpan jambang selagi Chelsea belum kalah.

“Saya harap di akhir musim saya akan punya jambang yang cukup besar!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN