Alasan Mengapa Tan Cheng Hoe Keluarkan Brendan Gan Dan Herlison Caion

Pengendali skuad Selangor FC, Tan Cheng Hoe tampil mendedahkan alasan mengapa beliau mengeluarkan Brendan Gan dan Herlison Caion ketika aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) malam semalam.

Selangor FC turun beraksi bertemu JDT dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu cemerlang menewaskan Selangor dengan keputusan 2-1 untuk merangkul Piala keempat mereka sepanjang musim ini.

JDT mencipta sejarah baru dalam saingan liga bola sepak tempatan selepas mereka menjadi pasukan pertama yang mampu menyapu bersih semua piala yang dipertandingkan dalam satu musim itu.

Lebih menarik lagi, skuad Harimau Selatan itu juga turut cemerlang mencatatkan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini dalam semua pertandingan di pentas saingan domestik.

Selangor sementara itu turut menunjukkan peningkatan yang sangat dasyat di bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Gergasi Merah Kuning itu memulakan kempen musim ini dengan sangat huru-hara dan tiada siapa sangka mereka musim ini mampu untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan Piala Malaysia.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1596555203834089473?s=20&t=HIcfvNhru358tqrx8SmA6A

Aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut, Selangor jelas sekali sedikit lebih dominan dan mereka turut mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Segalanya berubah pada aksi babak kedua permainan dengan pemain-pemain Selangor dilihat lemau dan seolah-olah sudah tidak bermaya untuk meneruskan permainan.

Tan Cheng Hoe walau bagaimanapun tetap gembira dengan aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya dan beliau menganggap pengalaman adalah hal terpenting dari perlawanan ini.

Ketika ditanya tentang perasaan beliau dan pandangan beliau tentang persembahan anak-anak buahnya, Cheng Hoe dengan yakin menyatakan bahawa beliau gembira melihat sumbangan pemain-pemainnya.

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1596577932021215232?s=20&t=HIcfvNhru358tqrx8SmA6A

Dan ketika ditanya tentang mengapa beliau mengeluarkan Brendan Gan dan Herlison Caion, Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa:

“Intensiti pada aksi babak pertama agak tinggi dan sebagai jurulatih, mungkin ia melibatkan taktikal pasukan kerana kalau kita lihat dalam enam perlawanan terakhir ini, Brendan dan Caion main semua enam perlawanan itu secara berturut-turut.”

Jelas Tan Cheng Hoe.

“Mungkin kerana itulah intensiti mereka sedikit merosot dan saya membawa masuk fresh player.”

“Dengan rata-rata pemain muda ini, saya bagi peluang kepada mereka untuk berada atau beraksi di pentas final kerana itu bakal menjadi pengalaman terbaik mereka dan supaya jadi motivasi terbaik untuk mereka di masa hadapan nanti.”

Rata-rata penyokong Selangor ada mempertikaikan tentang mengapa Cheng Hoe membawa masuk pemain muda seperti Daniel Asri dan Syahir Bashah sebagai pengganti kepada Gan dan Caion.

Apa lagi memikirkan yang Selangor perlukan pemain lebih berpengalaman untuk membantu mereka mencari gol penting, maka agak membingungkan juga memikirkan mengapa pemain muda yang menjadi pilihan beliau.

Cheng Hoe walau bagaimanapun ada alasan beliau tersendiri tentang mengapa beliau memilih untuk membuat pertukaran tersebut.

Kedua-dua Caion dan Brendan Gan sendiri juga tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini dan kerana itu jugalah mereka terpaksa dikeluarkan.

Caion memiliki banyak kesempatan untuk menjaringkan gol namun beliau gagal untuk memanfaatkan kesempatan-kesempatan yang ada.

Brendan Gan sendiri sementara itu jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini dengan beliau mati kutu di bahagian tengah padang.

Memasukkan pemain muda jelas sekali sebahagian dari perancangan Cheng Hoe kerana beliau sendiri mendedahkan kepada media yang perlawanan akhir semalam adalah pengalaman untuk pemain-pemain muda tersebut.

Beliau menegaskan yang beliau bakal mengekalkan pemain-pemain muda tersebut pada musim baharu nanti dan bertekad mahu membantu mereka untuk menjadi antara pemain terbaik dalam saingan bola sepak Malaysia di masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN