Pengurus Rangers, Michael Beale tampil mendedahkan tentang alasan mengapa mereka sama sekali tidak merancang untuk memberikan guard of honour kepada Celtic menjelang aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan itu minggu ini.
Kedua-dua gergasi Scotland itu akan bertemu buat kali keenam pada malam ini dan ia merupakan derby terakhir untuk mereka musim ini.
Rangers bersama 50,817 penyokong mereka akan menyambut kedatangan Juara liga di Ibrox Stadium untuk aksi dalam saingan liga Scotland.
🗣️ "I don't think they would want us to. I think in a stadium with our fans it wouldn't be the right thing to do either."
🚨 BREAKING! Michael Beale confirms Rangers won't give Celtic guard of honour and explains why
📎 https://t.co/1Bfab7cFxT pic.twitter.com/5YhfCL47Up
— Football Scotland ⚽️🏴 (@Football_Scot) May 12, 2023
Celtic turun dalam perlawanan ini sebagai juara saingan liga bola sepak Scotland musim ini.
Sejak 10 musim kebelakangan ini, Celtic sudah berjaya menjulang sembilan kali gelaran liga, sementara Rangers hanya mampu menjulang gelaran liga sebanyak sekali sahaja sepanjang tempoh tersebut.
Walau Celtic sudah bergelar juara, namun sudah disahkan yang mereka tidak akan menerima guard of honour dari Rangers sebelum sepak mula aksi kedua-dua pasukan pada hari ini.
Bercakap kepada Sky Sports, pengurus Rangers, Beale mendedahkan bahawa:
“Tidak, ia tidak akan menjadi rumit di sini kerana sejak dari dulu kami sudah menolak dan kami tak pernah lakukan itu.”
The last 10 Scottish Premiership winners:
◉ 2013/14 – Celtic
◉ 2014/15 – Celtic
◉ 2015/16 – Celtic
◉ 2016/17 – Celtic
◉ 2017/18 – Celtic
◉ 2018/19 – Celtic
◉ 2019/20 – Celtic
◎ 2020/21 – Rangers
◉ 2021/22 – Celtic
◉ 2022/23 – CelticAnge goes back-to-back. 🍀 pic.twitter.com/93XdCuSqGk
— Squawka (@Squawka) May 7, 2023
“Jadi saya tak rasa mereka mahu kami lakukan itu. Dan di stadium bersama penyokong kami, ia juga bukanlah satu hal yang patut kami lakukan.”
“Kami sangat menghormati mereka dari segi kejayaan mereka menjuarai liga. Mereka jelas sekali telah menjadi pasukan yang hebat, carta liga tak pernah menipu.”
“Tapi semua hal itu (guard of honour) dah diikuti sejak dulu dan bukan di bawah kuasa saya, syukur saja.”
Selepas Beale mengeluarkan kenyataan tersebut, pengurus Celtic, Ange Postecoglou tampil mendakwa yang skuadnya tidak mengaitkan hal melibatkan guard of honour sebagai sesuatu yang biadap.
Bercakap kepada Sky Sports, pengurus Celtic itu menyatakan bahawa:
"I think there's respect between the two sides" 🤝
Ange Postecoglou insists he does not need a guard of honour at Ibrox to know that Rangers respect Celtic. pic.twitter.com/nnOFgdRqJu
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 12, 2023
“Ia bukan masalah besar untuk saya. Semua hal seperti itu bagi saya hanyalah simbolik sahaja berbanding sesuatu yang lebih besar. Hormat ditunjukkan dengan macam-macam cara dan kami tak perlukan guard of honour untuk mereka buktikan itu.”
“Ada rasa hormat antara kedua-dua pasukan dan terutama sekali dari para pemain kedua-dua pasukan. Ia mungkin ada rasa marah tapi mereka tahu bagaimana sukarnya untuk berjaya.”
‘Rangers berjaya menang pada dua tahun lalu dan kami menang dalam dua tahun terakhir ini, jadi ada penghormatan di situ dan kami tak perlu guard of honour.”
Penyokong Celtic juga jelas sekali tidak mengharap guard of honour dari Rangers dengan mereka kini sedang dalam persiapan untuk melakukan acara parade besar-besaran bagi meraikan kejayaan mereka bergelar juara musim ini.
Namun begitu, Postecoglou tidak mahu terlalu cepat berpuas hati dengan beliau masih menganggap semua baki perlawanan musim ini sebagai perlawanan yang sangat penting untuk skuadnya.
🔊 LISTEN: “I think with the rivalry, I can’t imagine them doing that for us.”
🔵 Rangers midfielder Todd Cantwell gives his thoughts on giving Celtic a “guard of honour” with Michael Beale confirming it won’t happen. pic.twitter.com/tdPUQuPkuo
— Clyde 1 Superscoreboard (@ClydeSSB) May 12, 2023
Bercakap kepada Sky Sports, beliau mendedahkan bahawa:
“Ia masih perlawanan yang besar bertemu seteru kami, saya yakin penyokong kami masih mahu kami berikan persembahan yang terbaik dan ia kesempatan kami untuk terus konsisten dan akhiri saingan musim ini dengan kejayaan yang gemilang.”
“Kami akan turunkan skuad yang kami rasakan akan memenangi perlawanan ini untuk kami, tapi ia juga kesempatan untuk kami fikirkan musim hadapan dan kaji semula apa perlu kami lakukan dan berikan minit permainan kepada pemain-pemain tertentu.”
“Sebaik mereka turun, para pemain kedua-dua pasukan akan sedar ia masih perlawanan penting dan kamu mahu menang dan mereka jelas sekali akan dapat sokongan dan ia akan jadi cabaran yang hebat untuk kami.”
🔵 Michael Beale wants Rangers to put on a performance they can be "proud of" against Celtic.
Robby McCrorie will start in goal & Alfredo Morelos will feature.
📺 Rangers vs Celtic, Sat 12.30pm. Live on Sky. pic.twitter.com/izQ6bxl5ar
— Sky Sports Scotland (@ScotlandSky) May 12, 2023
Pengurus Celtic itu kemudiaannya menambah lagi dengan menyatakan:
“Mungkin akan ada lebih kebebasan untuk mereka ketika bermain, dan semoga saja ia akan menjadikan perlawanan semakin menarik.”