Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez bingung memikirkan bagaimana 30,000 penyokong Eintracht Frankfurt boleh masuk ke Nou Camp ketika aksi dalam saingan Europa League pagi tadi.
Xavi seakan-akan tidak percaya bagaimana hal itu boleh berlaku dan merasakan perlawanan hari ini seolah-olah perlawanan akhir dengan kapasiti stadium di bahagi sama rata.
Gergasi Catalan itu mencatatkan kekalahan 3-2 dalam perlawanan tersebut, seterusnya menyebabkan mereka tersingkir dari pertandingan menerusi keputusan aggregate 4-3.
Frankfurt fans SHOWED UP to the Camp Nou 🏟️ pic.twitter.com/9XOH2Hin3e
— B/R Football (@brfootball) April 14, 2022
Ia jelas sekali dianggap sebagai antara keputusan perlawanan yang sangat mengejutkan dan kemenangan itu turut akan dikenang sebagai kemenangan paling bermakna untuk kelab dari Jerman itu.
Atmosphere di dalam stadium tersangat berbeza dengan penyokong pasukan pelawat dilihat lebih menonjol berbanding penyokong pasukan tuan rumah.
Ia merupakan satu hal yang jarang dilihat berlaku dalam dunia bola sepak apabila penyokong pasukan pelawat lebih ramai berbanding tuan rumah, apa lagi perlawanan tersebut merupakan aksi di pusingan kalah mati.
Xavi menegaskan yang beliau merasakan suasana dalam perlawanan itu seolah-olah aksi perlawanan akhir yang dimainkan di gelanggang berkecuali.
Beliau turut menyalahkan pihak Barcelona sendiri kerana membenarkan terlalu ramai penyokong Frankfurt masuk ke stadium.
🏟️ Over 30,000 Frankfurt fans were at Camp Nou during their club’s 2-3 win over Barcelona 🔥🇩🇪 pic.twitter.com/dVvpG1RLYI
— VBET News (@VBETnews) April 15, 2022
Bercakap ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, Xavi menjelaskan bahawa:
“Jelas sekali atmosphere tidak membantu dan kelab kini sedang menyiasat mengapa ia boleh berlaku. Para pemain juga mahu tahu kenapa.”
“Jelas sekali ada salah dari segi pengiraan dari pihak kami. Hal ini tak sepatutnya dibenarkan berlaku. Ia macam perlawanan akhir dengan kapasiti stadium di bahagi sama rata.
Sebelum perlawanan berlangsung lagi, Xavi sudah menyeru kepada penyokong Barcelona untuk hadir lebih ramai lagi ke stadium bagi meningkatkan atmosphere.
Namun sayangnya permintaan beliau itu tidak diendahkan dengan hanya beberapa ribu sahaja penyokong Barcelona yang sudi hadir ke stadium.
Lebih teruk lagi, kebanyakan dari mereka yang datang turut meninggalkan stadium ketika perlawanan baru separuh jalan berlangsung.
Namun begitu, Xavi turut menegaskan yang hal itu bukanlah alasan mengapa mereka tewas dan tersingkir dari saingan Europa League.
Es el Camp Nou aunque parezca el Bernabeu… pic.twitter.com/58XgcHIxJz
— Helena Condis Edo (@HelenaCondis) April 14, 2022
Das ist so irre! 💥
–––––#FCBSGE 2:3 | #SGEuropa pic.twitter.com/cF4arsMqni— Eintracht Frankfurt (@Eintracht) April 14, 2022
Barca defender Araujo: I was surprised there were so many German fans in the stadium, the club have to look at this pic.twitter.com/5TgZ8NMJnQ
— Samuel Marsden (@samuelmarsden) April 14, 2022
“Atmosphere itu bukanlah satu alasan. Masalah utama adalah bola sepak. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan.”
“Kita ada buat silap dari kesemua tiga gol itu dan kita sebenarnya perlu lihat pada diri sendiri. Kita tidak bermain dengan baik. Sebab itu lah kita tersingkir.”
Menyokong kenyataan dari Xavi Hernandez, Presiden Barcelona, Joan Laporta turut bengang melihat ramai penyokong Frankfurt yang dibenarkan untuk masuk ke stadium.
Penyokong Frankfurt lebih ramai kerana mereka membeli tiket dari pemegang pas bermusim Barca
Dikatakan seramai hampir 30,000 orang penyokong Frankfurt telah berjaya masuk ke Nou Camp untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka itu.
Bahkan turut dilaporkan yang masih ramai lagi penyokong Frankfurt yang masih ada di luar stadium dan gagal untuk masuk kerana kehabisan tiket.
Barcelona 2-3 (3-4) Eintracht Frankfurt FT:
⚽️ 4' Kostic
⚽️ 36' Borre
⚽️ 67' Kostic
⚽️ 90+1' Busquets
⚽️ 90+11' MemphisThe Germans produce the shock of the round at Camp Nou.#UEL pic.twitter.com/4UY5p95FdC
— Squawka Live (@Squawka_Live) April 14, 2022
Walau belum boleh disahkan, namun ada laporan dari media Sepanyol yang menjelaskan bahawa pemegang pas bermusim Barca telah menjual tiket mereka kepada penyokong Frankfurt.
Kerana itulah penyokong Frankfurt dilihat lebih ramai berbanding penyokong pasukan tuan rumah di Nou Camp hari ini.
Ketika melihat bagaimana ramainya penyokong yang memakai jersi berwarna putih, ia seolah-olah menonton aksi ‘El Clasico’ di Santiago Bernabeu.
Seandainya hal itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa oleh pelbagai sumber di Sepanyol, jelas sekali ia sememangnya satu hal yang memalukan.
Mungkin penyokong Barca yakin anak-anak buah Xavi Hernandez itu akan berjaya layak ke peringkat separuh akhir, kerana itulah mereka menganggap perlawanan ini tidak penting.
Over 30,000 Frankfurt fans traveled to the Camp Nou for their club’s 3-2 win over Barcelona.
Xavi and Barça President Joan Laporta don’t know how that happened 🗣️ pic.twitter.com/RkhtDknwsQ
— B/R Football (@brfootball) April 14, 2022
Barca di bawah kendalian Xavi Hernandez jelas sekali sangat berbeza dengan mereka sedang berada di tahap persembahan terbaik pada ketika ini.
Mereka juga turut berjaya untuk berada di kedudukan kedua dalam carta saingan La Liga pada ketika ini dan keraja itulah para penyokong semakin percaya dengan kemampuan skuad.