Alasan Mengapa Inter Milan Tak Pamer Logo Penaja Ketika Aksi Bertemu AC Milan

Inter Milan tidak mempamerkan logo penaja mereka pada jersi skuad ketika turun beraksi bertemu AC Milan dalam aksi di peringkat separuh akhir saingan Champions League awal pagi tadi.

Skuad kendalian Simone Inzaghi itu tidak memaparkan logo penaja mereka pada jersi dan hal itu berlaku kerana ada alasan yang tersendiri.

Inter Milan berjaya menewaskan AC Milan 2-0 dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League awal pagi tadi.

Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan muncul sebagai penjaring gol untuk Inter Milan dalam perlawanan tersebut, seterusnya membantu pasukan pelawat untuk selangkah layak ke pentas perlawanan akhir.

Tidak dinafikan yang Inter mempunyai kelebihan menjelang aksi leg kedua nanti dan sepertinya mereka lebih berpotensi untuk layak ke perlawanan akhir.

Aksi kedua-dua pasukan di atas padang sepertinya tiada yang begitu menarik untuk dibincangkan, namun ada satu hal yang telah menarik minat penyokong untuk membahaskan hal tersebut.

Ketiadaan logo penaja pada jersi Inter Milan sepertinya telah mengundang kebingungan di kalangan peminat dengan rata-rata dari mereka mempersoalkan tentang hal tersebut di media sosial.

“Tiada penaja pada jersi Inter malam ini? Apa yang sudah berlaku?”

“Saya tak ada dengar apa-apa berita, tapi kenapa dengan tiba-tiba Inter hilang penaja?”

The Nerazzurri turun memakai jersi biru belang hitam mereka seperti biasa, namun kali ini tiada logo penaja sama sekali pada jersi tersebut.

Hal itu kerana Inter Milan tidak menerima sebarang bayaran dari penaja mereka, DigitalBits dengan kedua-dua mereka sudah bersetuju dengan nilai tajaan bernilai £75 juta pada September 2021 yang lalu.

Dek kerana Inter masih tidak menerima bayaran mereka untuk kempen saingan musim ini, maka mereka memilih untuk tidak memaparkan logo tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas Inter merasakan pihak penaja seolah-olah mahu bermain-main dan tidak mahu membuat bayaran kepada mereka mengikut perjanjian yang sudah dipersetujui.

Satu lagi kelab dari saingan Serie A, AS Roma juga turut melakukan hal yang sama dengan mereka juga membuang logo penaja, DigitalBits dari jersi mereka.

Kali pertama Inter bermain tanpa memaparkan logo penaja adalah ketika aksi bertemu Lazio pada bulan lalu.

Pihak penaja dilaporkan sudah mengeluarkan satu kenyataan sehari sebelum perlawanan itu berlangsung, dengan mereka tampil menjelaskan tentang situasi terkini berkait kerjasama dengan Inter Milan.

Walau sudah mengeluarkan kenyataan panjang lebar, sepertinya pihak penaja masih tidak menjelaskan atau meminta maaf tentang kegagalan mereka untuk membuat pembayaran tepat pada waktunya.

Hal itu menyebabkan Inter Milan akan meneruskan saingan musim ini dengan tidak memaparkan logo penaja pada jersi mereka.

Agak rugi untuk penaja jika Inter melakukan hal sama andai mereka mampu layak hingga ke aksi perlawanan akhir saingan Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN