Peminat Hairan Bagaimana Pasukan Seteruk AC Milan Boleh Layak Ke Separuh Akhir UCL

Peminat bingung bagaimana pasukan seteruk AC Milan boleh mampu layak ke peringkat separuh akhir saingan Champions League dengan kelab dari Itali itu teruk dihentam selepas mereka mencatatkan kekalahan bertemu Inter Milan awal pagi tadi.

Sebaik tewas 2-0 di tangan seteru sebandar mereka itu, peminat dengan segera menghentam AC Milan di media sosial.

Kedua-dua gergasi Milan itu turun beraksi di San Siro awal pagi tadi untuk aksi di peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Skuad kendalian Simeone Inzaghi itu terlebih dahulu memecah kebuntuan selepas mereka cemerlang meledak gol pembukaan pada minit ke-8 permainan.

Keputusan Inzaghi memasukkan Dzeko sebagai penyerang utama berbanding Romelu Lukaku ternyata membuahkan hasil dengan bintang berusia 37 tahun itu membantu Inter untuk mendahului perlawanan 1-0.

The Nerazzurri hanya memerlukan tiga minit sahaja untuk menggandakan kedudukan dengan Henrikh Mkhitaryan cemerlang meledak gol kedua Inter pada minit ke-10 permainan.

Inter berpotensi untuk memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini, selepas pengadil pada awalnya mendakwa Lautaro Martinez dijatuhkan di dalam kotak penalti.

VAR kemudiannya meminta pengadil untuk merujuk skrin dengan pengadil kemudiannya menarik semula keputusan beliau menghadiahkan sepakan penalti kepada Inter.

Selain penalti tak jadi itu, Inter juga turut memiliki beberapa kesempatan emas untuk menambah jaringan namun sayangnya mereka gagal untuk melakukan hal tersebut.

Walau hanya bolos dua gol selepas berjaya mengagalkan beberapa kesempatan dari Inter dan turut memiliki beberapa kesempatan untuk menjaringkan gol, namun hal itu tidak menghalang peminat dari menghentam AC Milan selepas tamat perlawanan tersebut.

Peminat di media sosial menghentam AC Milan tanpa belas dan menganggap mereka pasukan paling teruk yang pernah beraksi di peringkat separuh akhir saingan Champions League.

“AC Milan merupakan pasukan paling teruk yang pernah beraksi di peringkat separuh akhir Champions League selepas Lyon pada tahun 2020 yang lalu.”

“AC Milan tak sepatutnya ada di peringkat separuh akhir dengan cara mereka bermain, mungkin laluan mereka terlalu mudah hingga menunjukkan yang mereka tak layak untuk main di peringkat ini.”

“Adakah Napoli kalah kepada pasukan seperti ini? Saya tengok cara permainan mereka seolah-olah mereka pasukan yang bersaing di pentas saingan Championship.”

“Walau Chelsea sedang bergelut, saya rasa mereka boleh belasah Milan 5-0 andai mereka bertemu di mana-mana pusingan dalam saingan Champions League musim ini.”

“Adakah tahun ini memang tahun untuk menaikkan bola sepak Itali? AC Milan dapat laluan terlalu mudah dan lihat hasilnya bila mereka main di peringkat separuh akhir.”

“Sangat menyedihkan, hype sangat menakjubkan tapi aksi di atas padang memang menyedihkan.”

“AC Milan sebenarnya sekadar membazir slot di peringkat separuh akhir, mereka tak layak ada di sini.”

AC Milan masih bergelut untuk merebut kedudukan empat teratas dalam saingan Serie A, dengan mereka turut bersaing hangat bersama Inter untuk merebut kedudukan tersebut.

Bukan hanya peminat yang merasakan hal tersebut, dengan Supercomputer juga turut merasakan yang AC Milan bukanlah pasukan yang terlalu hebat di benua Eropah itu.

Menurut FiveThirtyEight, AC Milan sebenarnya hanya setanding dengan pasukan-pasukan pertengahan sahaja dalam saingan Premier League dan bukanlah pasukan hebat yang mampu bersaing di pentas lebih tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN