Alan Shearer percaya yang salah seorang bintang Manchester United sepatutnya turut ikut jejak langkah Nick Pope untuk tidak dibenarkan turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Carabao.
Nick Pope tidak akan muncul dalam aksi perlawanan akhir saingan Piala Carabao selepas beliau dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu Liverpool kemarin.
Pada hujung minggu ini, Newcastle bakal turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir pertama mereka sejak 1999 bertemu Manchester United.
Alan Shearer says Nick Pope isn't the only player who should be banned for the League Cup final #HowayTheLads #ToonArmy #Toon #NUFC https://t.co/eijSUjdoAI
— Newcastle Utd Fans (@geordienewsonly) February 20, 2023
Kali terakhir Newcastle muncul di pentas perlawanan akhir juga sebenarnya bertemu Manchester United dengan kedua-dua pasukan ketika itu bertemu di pentas perlawanan akhir saingan Piala FA.
Namun begitu, Newcastle sepertinya bakal berdepan masalah besar untuk aksi perlawanan akhir nanti kerana mereka kehilangan penjaga gol utama yang terpaksa menjalani hukuman penggantungan.
Nick Pope tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terbaik Newcastle United sepanjang musim ini dan kehilangan beliau jelas bakal beri impak kepada skuad kendalian Eddie Howe itu.
Bekas penjaga gol Burnley itu dilayangkan kad merah selepas beliau menangkap bola di luar kotak penalti ketika aksi bertemu Liverpool dalam saingan Premier League kemarin.
Gary Neville and Alan Shearer disagree on major Man United vs Leicester City decision #LeicesterMercury #LCFC #Foxes #LeicesterCity https://t.co/TQmIipSPAz
— Leicester City Fans (@FoxesNews) February 20, 2023
Eddie Howe pada awalnya menyokong tindakan penjaga gol beliau itu dan merasakan ia keputusan yang tepat demi untuk menjaga gawang gol mereka.
Namun selepas beliau sedar tentang peraturan kad merah yang bakal menyebabkan Nick Pope terlepas aksi perlawanan akhir, Howe sepertinya sedikit kecewa tentang hal tersebut.
Bercakap di Match of the Day, Gary Lineker sendiri turut merayu agar Pope dibenarkan untuk bermain dan percaya penjaga gol Newcastle itu berhak untuk beraksi di Wembley.
Rakan penyampai beliau, Alan Shearer pula kemudiannya menyatakan yang salah seorang pemain Man United juga sebenarnya patut diharamkan dari turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir itu nanti.
Very lucky to escape a red, #MUNLEI https://t.co/LcVj0uRxBB
— Alan Shearer (@alanshearer) February 19, 2023
Alan Shearer percaya yang Marcel Sabitzer sepatutnya tidak dibenarkan beraksi dalam aksi perlawanan akhir nanti kerana beliau seharusnya dilayangkan kad merah dalam aksi perlawanan sebelum ini.
Pemain midfield itu mengasari Wout Faes ketika aksi bertemu Leicester City dan Shearer percaya kekasaran itu sepatutnya dihukum dengan layangan kad merah.
Walau bagaimanapun, Sabitzer terselamat dari dihukum oleh pengadil dan VAR sendiri juga tidak melihat kekasaran itu sebagai satu hal yang menyebabkan beliau perlu dilayangkan kad merah.
Bahkan pemain yang dipinjamkan dari Bayern Munich itu juga sama sekali tidak dihukum oleh pengadil atas kesalahan tersebut.
Brendan Rodgers sendiri turut tidak gembira tentang hal tersebut dengan beliau terima skuadnya tewas 3-0, namun tidak terima Sabitzer dibenarkan untuk terus beraksi tanpa dihukum.
Newcastle fans realising that Dubravka is cup tied and Karius will be in goal for the League Cup Final pic.twitter.com/f4pDXQt5x4
— ⚽️442oons⚽️ (@442oons) February 18, 2023
Shearer turut mendesak agar Pope dibenarkan untuk beraksi dengan beliau menghentam FA kerana tak konsisten dalam membuat keputusan.
Legenda Newcastle itu mempersoalkan hal tersebut selepas melihat Bruno Guimaraes dibenarkan untuk beraksi walau beliau dilayangkan kad merah ketika aksi peringkat separuh akhir bertemu Southampton.
Dengan Pope tidak dapat diturunkan, Howe sepertinya perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada penjaga gol ketiga mereka, Loris Karius.
Apa yang membimbangkan peminat adalah ketika mereka memikirkan yang Karius sudah hampir dua tahun tidak bermain dalam perlawanan kompetetif.
Jurgen Klopp on Loris Karius:
"You can absolutely rely on him. There's no doubt about that. He's a great goalie – that's why Newcastle signed him."#NUFC #NUFCFans pic.twitter.com/6ck7ZioceS
— Magpie 24/7 (@Magpie24_7) February 20, 2023
Sejarah Karius juga sepertinya membuatkan peminat semakin bimbang namun mereka tiada pilihan lain kerana Martin Dubravka juga turut tidak boleh bermain.