Siapa sangka empat tahun selepas terselamat daripada tragedi kapal terbang terhempas, yang melibatkan pasukan Chapecoense, Alan Ruschel menjulang trofi kejuaraan Serie B Brazil selaku kapten pasukan.
Tragedi yang berlaku di Cerro Gordo, Colombia itu telah mengorbankan 71 daripada 77 penumpang kapal terbang La Mia 2933 dan Ruschel merupakan satu daripada tiga pemain dalam kalangan enam penumpang yang terselamat.
Namun hanya pemain berusia 31 tahun itu sahaja yang masih beraksi sehingga hari ini walaupun mengalami kecederaan serius pada tulang belakangnya.
Ruschel yang beraksi di bahagian pertahanan kiri menjalani rawatan intensif yang cukup rapi dan sembilan bulan kemudian beliau tampil buat kali pertama dalam kejohanan pra-musim Trofi Joan Gamper menentang Barcelona yang menyaksikan semua penonton memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Alan Ruschel Kembali Beraksi, Gerrard Deulofeu Anggap Pemain Chapecoense Hero – https://t.co/8OpwiSzVpk pic.twitter.com/24VmH5K8tx
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 8, 2017
Keupayaannya untuk bangkit dari trauma dan kecederaan itu ternyata cukup mengkagumkan walaupun beberapa pihak meragui kemampuannya untuk kembali bermain dan melupakan tragedi hitam yang meragut 19 rakan sepasukannya itu.
Namun 29 Januari 2021 menjadi tarikh yang akan kekal diingati oleh Ruschel apabila dapat meraikan kejayaan yang pastinya didedikasikan buat rakan-rakannya yang telah ‘pergi’ empat tahun lalu.
“Pertamanya terima kasih kepada Tuhan untuk peluang ini, memberikan saya kesihatan yang baik dan keupayaan untuk melalui segala yang berlaku,” ujar Ruschel dalam sidang media selepas perlawanan.
🌟¡SIMPLEMENTE HERMOSO!🌟#Chapecoense (@chapecoensereal) venció 3-1 a Cofianca con un gol en el último minuto y campeonó en la #SerieB 🇧🇷, consiguiendo su ascenso al #Brasileirao. Alan Ruschel ⚽, sobreviviente de la tragedia aérea del 2016, levantó el trofeo 🏆. pic.twitter.com/fWNZ0xbh4u
— TOCA Y PASA PERÚ (@tocaypasaperu) January 30, 2021
“Bukan lagi rahsia tentang masalah kewangan yang kelab kami hadapi ketika ini, tetapi saya tetap berbangga berada dalam pasuka ini. Saya tidak tahu sama ada saya akan terus kekal di sini, kontrak saya akan berakhir esok [30 Januari].
“Namun saya amat gembira untuk nama saya tercatat dalam sejarah kelab. Mereka dari Chepeco akan kekal mengingati saya dan mereka perlu hormat kepada mereka yang tercatat dalam sejak kelab ini.”
Chapecoense memastikan kejuaraan liga divisyen kedua Brazil itu menjadi milik mereka selepas jaringan penalti gaya Panenka oleh Anselmo Ramon memastikan kemenangan 3-1 ke atas Confianca.
Hace cuatro años, Chapecoense vivió la noche más oscura de su historia, pero Alan Ruschel sobrevivió para contarla y superarla. Ayer, el equipo fue campeón y ascendió de nuevo a Primera, con este ejemplo de vida jugando y levantando el trofeo. ¡Definitivamente, conmovedor! pic.twitter.com/VDYntroeQ5
— Miguel Santana ✍️ (@Santanadeportes) January 30, 2021
Gol tersebut menjadi pemisah antara pasukan tersebut dengan pencabar terdekat America FC yang turut mengumpul jumlah mata yang sama tetapi kedua-dua pasukan dipisahkan dengan perbezaan satu gol sahaja.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain:
Jersi Ke-3 Chapecoense Bermotifkan Bendera Colombia Tanda Terima Kasih
Chapecoense AF: Kebangkitan Dari ‘Perkuburan’, Kini Kejar Impian Copa Libertadores