Aksi Pra Musim Pasukan Liga Malaysia Bertukar Jadi Gelanggang ‘Muay Thai’

Ibarat gelanggang sukan seni tempur muat thai. Itulah deskripsi yang boleh diberikan kepada insiden yang berlaku dalam perlawanan di antara Terengganu FC II menentang Penang FC di Stadium  Sultan Ismail Nasiruddin di Kuala Terengganu pada malam tadi.

Pertemuan kedua-dua pasukan sepatutnya merupakan sebahagian daripada aksi pra musim sebelum bermulanya Liga Malaysia. Tetapi lain pula kejadian apabila perlawanan kejohanan empat penjuru YAB Menteri Besar Terengganu itu menjadi sebaliknya.

Disebabkan kejadian tersebut, tidak kurang seorang pemain daripada Penang FC dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang hidung setakat ini.

Insiden panas membabitkan kedua-dua pasukan yang dapat disaksikan secara siaran langsung secara penstriman melalui Ballrz TV berlaku pada penghujung babak pertama perlawanan.

Beberapa video kejadian kemudiannya menjadi tular di pelbagai platform media sosial, termasuk rakaman oleh penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Pasukan pelawat, Penang FC pada ketika itu diberikan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan. Melalui video tersebut, sepakan oleh pemain Penang FC berjaya ditampan penjaga gol sebelum suasana kelam kabut merebut bola muntah berlaku.

https://twitter.com/izqandarzlqrnn/status/1491405691721977859?t=FTeWhvCidPhASfSicIm76Q&s=08

Situasi tersebut kemudiannya menimbulkan suasana tegang di kalangan pemain kedua-dua pasukan dengan insiden tolak menolak sebelum tumbuk terajang, dan kejar mengejar di kalangan pemain berlaku.

Sebenarnya ia bukan perkara asing untuk berlaku perebutan bola selepas berlaku tampanan yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol di dalam bola sepak.

Tetapi berkemungkinan provokasi melampau dan kekasaran telah berlaku di kalangan pemain menyebabkan berlakunya situasi luar kawalan di kalangan pemain.

Insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan hanya memalukan bola sepak negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN