Mane, Kroos Antara 5 Pemain Yang Dianggap Paling Mulia Dalam Dunia Bola Sepak

Kroos dan Mane merupakan antara lima pemain yang dianggap paling mulia dalam dunia bola sepak hari ini kerana sikap yang mereka tunjukkan di dalam dan di luar padang.

Dek kerana memiliki kehidupan yang mewah, kebanyakan pemain mula hilang pertimbangan dan melibatkan diri dengan hal-hal negatif yang menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat.

Walau bagaimanapun, bukan semua bintang bola sepak yang dibuai dek kemewahan dan kemasyuran, dengan ada antara mereka yang sering menunjukkan sikap mulia baik dalam mahupun di luar padang.

N’Golo Kante misalnya, beliau sering dianggap sebagai pemain paling merendah diri kerana kehidupan beliau yang sederhana dan tidak gemar menunjuk-nunjuk.

Masih ramai sebenarnya pemain-pemain yang memiliki sikap yang mulia, namun cukup untuk kita senaraikan lima sahaja pemain paling mulia dalam dunia bola sepak hari ini.

5) Mats Hummels – Borussia Dortmund

Pemain pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels merupakan antara pemain paling sopan yang boleh ditemui dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain centre-back itu memang terkenal dengan kemampuan beliau membuat tackle bersih, dan sangat jarang untuk melihat ada pemain yang bengang ketika dikasari oleh beliau.

Pemain kebangsaan Jerman itu kebiasaannya akan segera meminta maaf seandainya beliau melakukan kekasaran keras, dan akan turut menghulurkan tangan untuk mengangkat pemain lawan agar kembali bangun semula.

Beliau juga turut menunjukkan sikap mulia di luar padang, dengan Hummels sering memikirkan tentang mereka yang tidak bernasib baik, dan beliau tidak akan teragak-agak untuk menghulurkan bantuan.

Bintang Borussia Dortmund itu juga gemar menyertai kerja-kerja amal dalam membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Beliau akan mendermakan 1% dari gajinya kepada badan amal bagi membantu kanak-kanak kurang upaya di seluruh dunia.

4) Toni Kroos – Real Madrid

Pemain midfield Real Madrid, Toni Kroos merupakan antara pemain paling berbakat dari semua pemain yang ada di generasinya.

Bintang Jerman yang bermain di posisi central midfielder itu boleh dikatakan telah memenangi segalanya dalam dunia bola sepak baik di peringkat kelab mahupun negara termasuk empat gelaran Champions League dan satu gelaran Piala Dunia.

Kroos sememangnya terkenal dengan corak permainan santai dan kualiti hantarannya yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau boleh dikatakan sering menunjukkan sikap mulia di atas padang dan ketika di luar padang, Kroos dianggap wira oleh kebanyakan orang.

Bintang Real Madrid itu pada ketika ini menerajui yayasan amal sendiri yang mana ia ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal dan turut meringankan beban keluarga mereka.

Pemain yang memakai jersi bernombor 8 itu kebiasaannya akan pergi melawat yayasan amalnya itu untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut dan turut kerap mengadakan lelongan barangan peribadinya bagi mendapatkan dana tambahan untuk yayasannya itu.

Pada tahun 2017 yang lalu, Kroos menjual pingat kejuaraan Spanish Supercopa miliknya bersama jersi yang beliau pakai ketika memenangi pingat tersebut, untuk membantu yayasan amalnya.

Kroos turut pernah menjual jersi yang beliau pakai ketika aksi perlawanan akhir Champions League di Cardiff dengan jersi tersebut dibeli pada harga €642,000 lalu menyebabkan beliau speechless dengan hal tersebut.

https://twitter.com/KevTalksFootbal/status/1490481620490633224?t=6sDQJES55DrWwce-P8qSQQ&s=19

Ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk membuka yayasan tersebut, pemain berusia 32 tahun itu menyatakan bahawa:

“Ketika saya melawat hospital, yang mana kebiasaannya di sana ada kanak-kanak sakit, saya segera berfikir kalaulah saya boleh buka satu yayasan, sudah tentu saya akan mampu untuk membantu mereka bersama keluarga mereka.”

Jelas Kroos pada tahun 2017 yang lalu.

3) Mohamed Salah – Liverpool

Mohamed Salah tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak hari ini, dengan beliau sering dikagumi atas sumbangannya di dalam mahupun di luar padang.

Pemain penyerang Liverpool itu sentiasa menjaga imej serta nama baiknya dengan beliau hanya memberi tumpuan untuk beraksi di atas padang, dan kerana itulah sukar untuk peminat lihat beliau terpalit dengan kontroversi.

Beliau sentiasa akur dan patuh dengan arahan dari jurulatih, dan Salah senantiasa memberi 100% untuk kerjanya di atas padang.

Sikap dan kemuliaan hati Salah bukan hanya boleh dilihat di atas padang sahaja, dengan bintang Mesir itu jelas sekali senantiasa dianggap sebagai seorang yang patuh agama dan kerana itu jugalah beliau diangkat sebagai iKon Muslim.

Beliau membangunkan sekolah untuk wanita, menyediakan perkhidmatan ambulance dan turut membina padang di sekolah-sekolah di negara kelahirannya.

Ketika dunia dilanda wabak pandemik, Salah menghantar bekalan makanan yang secukupnya ke beberapa daerah di Mesir untuk membantu ratusan ribu orang yang memerlukan.

Beliau turut mendermakan £2.5 juta kepada badan kanser Mesir pada tahun 2020 yang lalu, bagi membantu mereka membaik pulih hospital yang rosak kerana dibom.

2) Marcus Rashford – Manchester United

Marcus Rashford mungkin tidak berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, namun kemuliaan hati yang beliau tunjukkan telah membuatkan jutaan manusia terinspirasi.

Beliau sering memberikan 100% kepada kelab dan skuad kebangsaan England walau beliau sering dikecam, dihina, dikeji dan menerima gangguan berunsur perkauman.

Bintang berusia 24 tahun itu sangat merendah diri ketika berdepan kemenangan dan akur ketika pasukannya tewas.

Di luar padang, beliau dianggap seorang pahlawan dengan namanya mula disebut-sebut ketika beliau berjuang mendapatkan makanan percuma untuk kanak-kanak di seluruh England sepanjang pandemik.

Dek kerana didesak oleh Rashford, Boris Johnson bahkan terpaksa mempertimbangkan cadangan tersebut, dan akhirnya bersetuju untuk membekalkan makanan percuma kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Tahun lalu, Marcus Rashford bahkan turut dianugerahkan dengan gelaran MBE dek kerana usaha dan kemuliaan hati yang beliau tunjukkan.

1) Sadio Mane – Liverpool

Pemain penyerang Liverpool, Sadio Mane merupakan antara pemain yang paling mulia dan merendah diri dalam dunia bola sepak.

Pemain kebangsaan Senegal itu sememangnya seorang pemain penyerang berkualiti tinggi dan beliau turut berjaya membantu pasukannya memenangi pelbagai kejuaraan.

Walaupun beliau sesekali menunjukkan seolah-olah beliau tamak dan pentingkan diri, namun semuanya dilakukan demi untuk membantu pasukan dan beliau senantiasa menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.

Ketika beliau berjaya mencatatkan kemenangan, Sadio Mane tidak tinggi diri dengan beliau kebiasaannya akan pergi ke arah pemain pasukan lawan untuk menenangkan mereka sebelum meraikan kemenangan tersebut bersama rakan sepasukannya.

Mane ketika berjaya membantu Senegal untuk menjuarai saingan AFCON baru-baru ini, beliau sempat memberi semangat kepada sahabatnya Salah supaya memenangi pertandingan tersebut pada tahun 2023 nanti.

Beliau terlalu banyak membantu negaranya dari segi menyediakan sekolah, hospital, membina masjid dan pelbagai lagi bantuan lain untuk mereka yang memerlukan.

Mane juga baru-baru ini turut melunaskan bil hospital salah seorang kanak-kanak yang dirawat di hospital yang sama dengannya di Cameroon.

Beliau menolak untuk menikmati kehidupan mewah hanya kerana tak sanggup melihat orang kampungnya hidup serba kekurangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN