Aksi Malaysia Di Pentas Piala Asia 2023 Bukan Sia-Sia

Malaysia menjadi antara terawal yang pulang daripada saingan Piala Asia 2023, selepas mereka terkandas sejak di peringkat Kumpulan E tanpa mencipta sebarang kemenangan.

Walaupun mencatat dua kekalahan terdahulu di tangan Jordan serta Bahrain pada saingan kumpulan, mereka berjaya mencipta satu kejutan tidak dijangka apabila merekodkan keputusan seri 3-3 sewaktu menentang Korea Selatan untuk sekurangnya mendapat satu mata.

Jika diperhalusi setiap pendapat di media sosial, setiap penyokong mempunyai pandangan tersendiri mengenai perjalanan pasukan kebangsaan di pentas tertinggi Asia tersebut.

Ada segelintir yang menyifatkan ianya merupakan satu bentuk kegagalan buat negara apabila langsung tidak mencatat sebarang kemenangan daripada tiga aksi dilalui.

Sesetengah berpendapat, Malaysia sebenarnya telah melepaskan peluang terbaik untuk cuba melakar sejarah baharu ke pusingan 16 terbaik pada saingan itu.

Tidak kurang ada menyifatkan perjalanan skuad negara ke saingan Piala Asia hanyalah satu perkara sia-sia kerana tidak melihat sebarang faedah diperoleh.

Namun, pemerhati bola sepak negara iaitu Zakaria Rahim tampil dengan pandangan tersendiri menerusi Harian Metro apabila beliau tidak melihat aksi Malaysia di Piala Asia sebagai suatu perkara ‘buang duit’ sahaja.

Jelas Zakaria, beliau menganggap pasukan kebangsaan sebenarnya sudah pun memperoleh pengalaman berharga serta ilmu baharu untuk diaplikasikan mereka sendiri pada masa hadapan.

Malah ianya bakal dijadikan sebagai panduan berguna buat mereka untuk menyertai saingan Piala Asia pada masa hadapan kerana mereka sudah pun merasai pada edisi 2023.

“Kita dapat bermain secara kompetitif dan bukan aksi persahabatan menentang pasukan dari Asia Barat yang sebelum ini sukar untuk kita dapatkan kerana kos yang mahal. Kita dapat juga menguji pasukan ke-23 dunia iaitu Korea Selatan.

“Apabila beraksi secara kompetitif, pemain tidak risau akan kecederaan jadi kita dapat lihat pemain all-out sepanjang aksi Piala Asia 2023 ini. Bukan sahaja pemain dan pasukan tetapi penyokong juga dapat pengalaman berguna.

“Pengalaman di Piala Asia 2023 pasti akan digunakan untuk kita mencipta satu lagi sejarah baharu iaitu layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 sekali gus layak ke pentas Piala Asia buat kali kedua berturut-turut,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada pandangan anda, adakah pengalaman Malaysia pada aksi Piala Asia lalu bakal dijadikan panduan berguna buat pasukan kebangsaan untuk menghadapi saingan di pentas antarabangsa kelak?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN