Nottingham Forest akhirnya berjaya mencatat kemenangan kedua mereka pada awal musim ini dalam saingan English Premier League (EPL), apabila mereka menundukkan Liverpool menerusi keputusan 1-0.
Dalam aksi yang berlangsung di laman sendiri iaitu City Ground, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi penyerang lincah mereka iaitu Taiwo Awoniyi pada minit ke-55.
A memorable win for @NFFC#NFOLIV pic.twitter.com/iMLHWZiVni
— Premier League (@premierleague) October 22, 2022
Jaringan tersebut terhasil menerusi kesilapan yang dibuat oleh pertahanan Liverpool yang gagal untuk mengeluarkan bola hasil sepakan percuma yang pantas disambar Awoniyi untuk mengecewakan pelawat.
Gol tunggal tersebut kekal sehingga ke wisel penamat dibunyikan untuk terus memberi kekecewaan buat Liverpool yang tampil serba tidak menjadi.
Apa yang mencuri tumpuan pada perlawanan semalam ialah penjaga gol Forest iaitu Dean Henderson yang tampil sangat cemerlang untuk menafikan beberapa percubaan pelawat.
Lebih manis, salah satu bola yang dilihat hampir meletakkan Liverpool kembali menyamakan kedudukan menerusi tandukan Virgil Van Dijk berjaya ditepis penjaga gol tersebut untuk mengecewakan peminat The Reds.
🧢 Hats off to Dean Henderson today!
👏 That save late on to deny Virgil van Dijk was fantastic! pic.twitter.com/v1sG7M2wgo
— GiveMeSport (@GiveMeSport) October 22, 2022
Walaupun Liverpool mendapat banyak peluang menerusi situasi sepakan percuma serta gerakan berbahaya dibuat, Henderson jelas berada dalam kelas tersendiri sepanjang aksi berlangsung.
Malah aksi tandukan pada minit akhir menerusi Van Dijk itu yang berjaya menjadikan Henderson sebagai wira perlawanan untuk memastikan tuan rumah menggenggam tiga mata penuh.
Musim ini juga menyaksikan Henderson sudah pun mencatat tiga ‘cleansheet’ daripada 12 perlawanan dihadapi iaitu ketika mereka menewaskan West Ham United, terikat seri tanpa jaringan sewaktu bertemu Brighton, dan termasuk dalam kemenangan kedua semalam.
Apa yang lebih mencuri tumpuan pada perlawanan semalam apabila kelibat Henderson menunjukkan isyarat lucah kepada sekelompok penyokong turut berjaya dirakam.
Reaksi Henderson yang gembira selepas wisel penamat dibunyikan itu jelas tidak dapat dikawal malah aksi beliau ketika itu juga dibuat beliau sebagai tanda kepuasan dan seolah memerli penyokong lawan.
Penjaga gol berusia 25 tahun itu menyertai Forest pada musim ini sebagai pemain pinjaman daripada Manchester United.
Dean Henderson to the Liverpool fans🤣🤣 pic.twitter.com/w1oyLBsIfI
— 𝗧𝗲𝗻 𝗛𝗮𝗴’𝘀 𝗥𝗲𝗱𝘀 ✍🏼🇳🇱 (@TenHagBall_) October 22, 2022
Jika aksi beliau terus kekal konsisten, maka tidak mustahil masa depan Henderson untuk beraksi bersama skuad kebangsaan England juga mungkin akan kembali cerah.