Akram Mahinan Mahu ‘Pikat’ Hati Jurulatih Terengganu Demi Rebut Kesebelasan Utama

Pemain tengah berpengaruh, Akram Mahinan jelas mempunyai misi tersendiri bersama kelab baharu diwakili beliau untuk saingan musim ini Terengganu, apabila dirinya mahu menembusi kesebelasan utama pasukan tersebut.

Akram menjadi rekrut terbaharu Terengganu untuk saingan kali ini selepas beliau beraksi beberapa musim bersama Kuala Lumpur City (KL City) serta memperoleh banyak kejayaan di sana.

Akram juga sebenarnya boleh dianggap sebagai salah seorang pemain tengah bertahan tempatan paling berkualiti pernah dilahirkan pada era moden.

Selain memiliki stamina cukup tinggi, Akram juga menjadi antara pemain yang cepat menutup segala ruang cuba dibuka pasukan lawan menerusi terjahan beliau serta tekanan-tekanan tinggi diberikan.

Akram juga merupakan antara pemain yang memiliki kekuatan fizikal cukup baik untuk menghalang mana-mana pemain lawan selain berupaya membuat hantaran-hantaran jauh tepat.

Kelebihan tersebut pastinya ingin digunakan dengan baik buat beliau untuk cuba merebut kesebelasan utama pada saingan akan datang walaupun sedar cabaran besar bakal dihadapi pemain tersebut.

Apa tidaknya, Terengganu kini sudah pun memiliki dua pemain tengah import handalan iaitu Nurillo Tukhtasinov serta bekas perancang berpengaruh Kedah Darul Aman (Kedah), Manuel Ott.

Selain itu, Marin Pilj dilaporkan hampir pasti bakal menyertai Sang Penyu untuk memperkukuhkan pasukan itu bagi mengharungi saingan musim 2024/2025 selaku pemain tengah import ketiga mereka.

Kelibat ketiga import tersebut pastinya akan memberi cabaran besar buat Akram untuk cuba mendapatkan peluang lebih cerah dalam senarai kesebelasan utama musim ini.

Walaupun begitu, bekas perancang Harimau Malaya tersebut tidak gusar akan hal itu dengan melihat ianya sebagai satu persaingan sihat buat mereka merebut tempat utama bersama Terengganu.

“Saya tidak nafikan kehadiran pemain import bakal menyukarkan pemain tempatan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Tapi saya melihat perkara itu dalam sudut positif, ianya persaingan begitu sihat buat semua pemain termasuk saya yang perlu meningkatkan lagi prestasi bagi memikat hati ketua jurulatih,” kata Akram menerusi laporan Berita Harian.

Selain Akram, Sang Penyu turut menandatangani dua lagi pemain tempatan berkualiti di posisi serangan secara status pinjaman iaitu Akhyar Rashid serta Safawi Rasid daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN