RASMI: Nidzam Jamil Dilantik Selaku Jurulatih Utama Selangor

Pengendali muda berpengalaman, Nidzam Jamil secara rasminya kini dilantik selaku pengendali utama Selangor selepas ia diumumkan sendiri melalui kenyataan media pasukan tersebut.

Terdahulu, nama Nidzam telah pun disebut-sebut selaku jurulatih utama The Red Giants selepas beberapa senarai pengendali berada bawah pemantauan pasukan tersebut untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe.

“Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Nidzam Jamil sebagai Ketua Jurulatih Gergasi Merah untuk musim 2024/2025 yang akan bermula tidak lama lagi,” jelas kenyataan tersebut.

Nama Nidzam bukan lagi suatu yang asing buat bola sepak Selangor, selepas beliau sudah berada bersama pasukan itu untuk beberapa musim selaku salah seorang staf kejurulatihan.

Pengalaman beliau yang sudah mengenali selok belok The Red Giants serta para pemain itu sendiri sejak beberapa musim lalu menjadikan dirinya selaku individu paling ideal selaku jurulatih pasukan berkenaan.

Malah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor sendiri iaitu Dr Johan Kamal Hamidon sendiri mengakui pihaknya sudah membuat beberapa penilaian terperinci serta menilai keupayaan dipamerkan Nidzam untuk mengendalikan pasukan tersebut yang turut akan melangkah ke saingan Asia musim ini.

“Kami telah membuat penilaian secara terperinci dan kolektif, serta melihat keupayaan yang telah ditunjukkan oleh Nidzam semasa beliau berkhidmat sebagai Penolong Ketua Jurulatih untuk musim-musim sebelum ini.

“Nidzam mempunyai pengalaman luas dalam kancah bola sepak Malaysia, memahami budaya dan hala tuju kelab serta amat mengenali para pemain SFC.

“Bagi kami, beliau adalah insan yang tepat untuk mengisi kekosongan ini dan mengetuai cabaran SFC bagi musim 2024/2025,” kata beliau menerusi laman tersebut.

Ini juga menjadi peluang terbaik buat Nidzam untuk membuktikan sesuatu positif buat Selangor, selepas dirinya sudah pun memberi sumbangan besar buat kelab itu selaku pemain suatu ketika.

Antara pencapaian beliau sebagai pemain Gergasi Merah adalah kejayaan menjulang Piala FA musim 2001, Piala Sumbangsih serta Piala Malaysia pada tahun 2002.

“Pihak pengurusan amat berbangga dan berbesar hati mengumumkan Nidzam Jamil sebagai Ketua Jurulatih rasmi yang baru skuad SFC.

“Semoga dengan pelantikan serta kepercayaan ini, Nidzam Jamil dapat membuktikan keupayaan beliau sebagai Ketua Jurulatih yang disegani di Malaysia dan juga di pentas Asia bersama SFC,” tambah kenyataan itu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN