Akmal Zahir Dedah Faktor Kebangkitan Kedah Dalam Aksi Liga Super

Kedah Darul Aman (KDA) ketika ini boleh disifatkan berjaya untuk kembali bangkit daripada episod hambar mereka sejak beberapa minggu lalu menerusi keputusan positif diraih kebelakangan ini dalam saingan Liga Super 2022.

Tampil dengan aksi lebih menyakinkan, rata-rata kini para penyokong KDA jelas berpuas hati serta berharap prestasi tersebut dapat terus dikekalkan sehingga penghujung musim.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh pertahanan KDA iaitu Mohd Akmal Md Zahir yang melihat pasukan diwakilinya kini kembali menemui rentak setelah tampil agak hambar sebelum itu.

Faktor kebangkitan KDA juga dinyatakan pertahanan tersebut menerusi dua pemain import mereka iaitu Dechu Marcel dan Marc Vales yang kembali memperkuatkan pasukan setelah bangkit dari siri kecederaan.

Selain itu, ikatan harmoni kekeluargaan yang diterapkan sesama pemain dan kejurulatihan juga mendorong kepada aksi positif mereka sepanjang beberapa perlawanan sebelum ini untuk tampil lebih baik.

“Sejak Vales dan Dechi (N’Guessan) kembali bersama pasukan, saya dapat rasakan pasukan sangat berbeza yang menjadikan kami tidak lagi senang ditewaskan dalam mana-mana perlawanan.

“Kehadiran Dechi terutamanya menguatkan semula bahagian tengah yang tampak kritikal sebelum ini manakala Vales banyak membantu saya di benteng pasukan.

“Selain itu, keharmonian dalam pasukan tampak kian meningkat sejak kebelakangan ini dan itu turut menjadi salah satu sebab kami boleh beraksi dengan positif.

“Justeru, saya harap momentum ini mampu diteruskan sehingga ke saingan TM Piala Malaysia kerana itu peluang terbaik buat kami meraih sesuatu,” katanya menerusi MFL.

Vales yang sebelum itu dikritik keras oleh segelintir penyokong KDA berjaya bangkit menerusi corak permainan lebih berkualiti serta telah berjaya meledak gol sulung beliau bersama pasukan.

Marcel pula sebelum ini menjadi antara kunci utama kekuatan KDA sebelum pemain tersebut ditimpa kecederaan agak lama. Namun, kembalinya beliau kini bersama pasukan berjaya meningkatkan Sang Kenari untuk beraksi dengan lebih baik.

KDA ketika ini dilihat masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan liga setelah kini berada di tangga kelima dengan jumlah kutipan 27 mata.

Pasukan tersebut mempunyai peluang untuk terus menjarakkan mata bersama kelab di tangga keenam iaitu Kuala Lumpur City (KL City) setelah KDA kini masih lagi mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Untuk merebut tiket ke saingan AFC musim hadapan, KDA tidak boleh lagi keciciran mata untuk meminta Negeri Sembilan di tangga ketiga liga ketika ini.

Jelas Akmal, beliau bersama rakan sepasukan lain akan terus berusaha sehabis baik untuk terus mendaki tangga ketiga liga meskipun sedar laluan ketika ini dilihat agak berliku.

“Peluang kami masih ada memandangkan dari baki lima perlawanan, kami akan bertemu Negeri Sembilan dan Terengganu yang turut bersaing bagi melayakkan diri ke Piala AFC.

“Cuma dari baki perlawanan yang ada, kami kena bertemu JDT (Johor Darul Ta’zim) sebanyak dua kali selain PJ City, jadi sememangnya laluan sukar buat kami kerana tidak boleh keciciran sebarang mata.

“Jadi sepanjang tempoh masa rehat ini, kami kena gunakan sepenuhnya untuk perbaiki segala kekurangan bagi memastikan kami boleh menutup cabaran Liga Super dengan kedudukan yang boleh dibanggakan,” katanya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN