Akmal Rizal Mahu Kedah Tukar Alvaro Silva Pada Jendela Perpindahan Kedua

Mengikut statistik terkini, Kedah merupakan pasukan kedua yang paling banyak bolos dalam saingan Liga Super di belakang Selangor dengan jumlah 16 gol.

Situasi itu menarik perhatian bekas pemain kebangsaan dan Kedah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, kerapuhan benteng pertahanan jelas menjadi masalah utama skuad Helang Merah apabila kerap dibolosi dengan mudah.

Terbaru, pasukan bimbingan Nidzam Adzha Yusoff itu sekali lagi dikecewakan dengan kelemahan barisan pertahanan apabila Negeri Sembilan mampu mencapai keputusan seri 3-3 walaupun Kedah sudah selesa mendahului 3-1.

“Alvaro tidak mencapai kualiti yang Kedah perlukan sebagaimana ditunjukkan oleh beberapa pertahanan import sebelum ini seperti Zac (Anderson) dan Bang (Seung Hwan).

“Walaupun lasak namun Alvaro tidak bijak membaca permainan serta mudah diatasi lawan. Di samping itu, dia gagal membina persefahaman dengan rakan di bahagian pertahanan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Walaupun segelintir penyokong setia pasukan itu mahu KFA mencari pengganti Pablo Pallares bagi meningkatkan jentera serangan, Akmal berpendapat skuad Helang Merah itu tidak seharusnya lupa kepada kepincangan di bahagian pertahanan.

“Bagi saya, mencari pengganti Pablo itu sudah pasti tapi kalau Nidzam mempunyai pilihan yang lebih bagus pada perpindahan kedua nanti, saya rasa elok beliau turut menggantikan Alvaro dengan import baru.

“Namun, kalau gagal mendapat pengganti Alvaro, beliau perlu mencari jalan untuk menangani masalah ini dengan segera. Jika situasi ini berterusan, sukar untuk Kedah memperbaiki kedudukan dalam liga serta menghadapi Piala Malaysia kelak,” ujar Akmal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN