Irfan Bakti: 3 Gol Pahang Hasil Daripada Kemahiran Individu

Kekalahan Terengganu FC (TFC) kepada Pahang dalam saingan Liga Super di halaman sendiri Selasa lepas mengundang rasa kecewa pada pengendali skuad itu, Irfan Bakti Haji Salim.

Jurulatih yang berusia 67 tahun itu berkata kepada Berita Harian, mengakui anak buahnya mudah ‘dimakan’ oleh Pahang sehingga ada pemainnya melakukan kesilapan yang mengundang padah buat pasukan.

“Kami senang sangat dimakan pihak lawan dan jika kita lihat ketiga-tiga gol Pahang adalah hasil kemahiran individu. Ia tidak seharusnya berlaku sehingga saya terpaksa melakukan pertukaran.

“Selain itu, sikap pemain yang terlalu memberi ruang kepada lawan menyebabkan pemain tengah pelawat mudah menguasai permainan sehingga kami gagal mencipta peluang terutama pada babak kedua.

“Kesilapan pemain yang hanya melihat lawan bermain bola tapi tidak mengekangnya menyebabkan kami gagal mengutip sebarang mata apatah lagi perlawanan berlangsung di laman sendiri,” kata Irfan.

Beliau turut mengakui jentera serangannya yang diketuai pemain pinjaman Terengganu FC II (TFC II), Akanni Sunday Wasiu kurang tajam dan menyebabkan skuad Penyu berputih mata.

“Sukar untuk saya nyatakan tapi ketumpulan barisan serangan antara salah satu faktornya selain pemain kurang agresif.

“Bagaimanapun, pemain berjaya bangkit untuk menampilkan aksi lebih agresif pada babak kedua selepas kita memasukan Mohd Faiz Mohd Nasir dan Mohamad Ashari Samsuddin tetapi bahagian serangan pasukan masih dibelenggu masalah ketajaman dalam menjaringkan gol,” katanya.

Skuad Terengganu juga jelas terkesan dengan ketiadaan tonggak utama serangan, Kipre Tchetche yang dibelenggu masalah kecederaan.

“Sememangnya kita cukup terasa dengan ketiadaan (Kipre) Tchetche tetapi kita terpaksa bermain dan masih dalam keraguan untuk diturunkan pada pertemuan dengan Perak, Ahad nanti.

“Apa pun kita akan memperbaiki dan memperkemaskan semula corak permainan pasukan kerana kita tidak boleh terus kehilangan mata apatah beraksi di tempat lawan,” katanya.

Pada perlawanan itu menyaksikan pelawat terlebih dahulu menamatkan kebuntuan gol menerusi jaringan Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke-38 diikuti gol kedua peribadinya pada minit 52 untuk memastikan Pahang selesa di depan.

Begitu pun usaha tuan rumah dalam merapatkan jurang kedudukan akhirnya tertunai menerusi sepakan penalti yang dilakukan dengan tenang Lee Andrew Tuck pada minit ke-72 setelah benteng pertahanan Pahang menjatuhkan Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri.

Namun skuad kendalian Dollah Salleh terus memastikan mereka pulang dengan tiga mata penuh apabila pemain gantian Mohd Faisal Abdul Halim berjaya melebarkan jurang kedudukan dengan gol ketiga Pahang pada penghujung masa tambahan babak kedua perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN