Pep Guardiola telah diketahui ramai bahawa beliau mempunyai sokongan terhadap isu kemerdekaan Catalonia. Namun, tindak-tanduk beliau telah mengundang padah.
Beliau sebelum ini seringkali mengenakan reben kuning pada pakaiannya sebagai simbol sokongan kepada isu ini. Beliau melahirkan sokongan kepada dua ahli aktivis politik Catalonia yang dipenjara tanpa sebarang ikat jamin boleh dibuat.
Sudah diberi amaran
Sebenarnya, Pep sudah dihubungi FA Inggeris mengenai isu ini. Kemudiannya pula, badan tersebut telah memberi amaran pada kepada beliau.
Amaran itu bukannya sekali, tetapi dua kali. Seharusnya Pep menghormati arahan dan peraturan yang ditetapkan FA Inggeris.
Nak cari makan kan? Kenalah hormat peraturan tempat orang lain.
Sekali lagi, Pep melanggar peraturan FA itu. Ia dikesan semasa Wigan Athletic membenam Manchester City pada perlawanan Piala FA tempoh hari.
Peraturan
Peraturan yang telah dilanggar ialah peraturan mengenai pemaparan iklan. Syarat itu mestilah dipatuhi oleh sesiapa sahaja ketika mengendalikan perlawanan bola sepak di England.
Namun kekecualian terpakai apabila sedang dalam sidang media. Malah, FA sendiri sudah memaklumkan mengenai kekecualian tersebut kepada Pep Guardiola sendiri.
Pada Disember lepas, Jose Mourinho telah mengkritik adakah beliau akan dikenakan tindakan sama jika membawa mesej politik seperti seterunya lakukan.
Balas
FA Inggeris memberi masa sehingga Isnin ini untuk Pep Guardiola memberi jawapan balas. Sekiranya beliau enggan membalas pertuduhan tersebut, badan tersebut berhak mengenakan tindakan lebih tegas.
Sewajarnya Manchester City pun harus bertindak tegas dalam isu ini. Tetapi tidaklah sehingga memecat beliau daripada tugasan di Etihad.
Perkara berkaitan politik bukan boleh dibuat sesuka hati.Lebih lagi di negara orang!