Bekas Jurulatih Skuad Kebangsaan Syria Bakal Bimbing The Red Warriors?

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meneruskan misi mencari ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Sathit Bensoh yang dipecat ekoran prestasi buruk dalam 3 perlawanan awal unifi Liga Super Malaysia 2018.

Antara calon jurulatih baharu yang disebut-sebut sebagai pengganti ialah jurulatih dari negara Arab yang berpengalaman luas dan pernah membimbing skuad kebangsaan Syria iaitu Fajr Ibrahim.

Fajr Ibrahim dijangka tiba di Kota Bharu bagi menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Presiden KAFA sendiri, Bibi Ramjani Ilias Khan menurut laporan daripada Berita Harian.

“Ya, beliau akan tiba ke Kota Bharu bagi menyaksikan perlawanan antara Kelantan dengan Perak malam esok,” kata Bibi.

Bibi turut berkata, KAFA masih berunding dengan Fajr bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang kini disandang oleh Yusri Che Lah buat sementara waktu.

“Fajr merupakan antara empat jurulatih yang sedang diintai oleh KAFA bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sathit ketika ini dan tiga calon jurulatih lain ialah dari Croatia, Iran dan Nigeria.

“Fajr dipilih menjadi antara calon mengemudi Kelantan kerana ketegasan beliau dalam membimbing Syria sebelum ini,” katanya.

Jurulatih kelahiran Damascus itu pernah membimbing skuad kebangsaan Syria selama 4 tahun. Sepanjang melatih skuad Syria, beliau membawa pasukan negaranya muncul sebagai naib juara Piala Nehru pada tahun 2007 dan 2009.

Beliau juga mempunyai pengalaman mengemudi sebuah kelab dari negara itu, Al-Shorta dan dua kelab Iraq, Al-Minna dan Duhok.

Fajr mempunyai rekod yang baik dalam saingan domestik apabila membawa kelab Al-Shorta muncul juara Liga Perdana Syria pada tahun 2011.

Karier beliau sebagai pemain juga tidak kurang hebatnya apabila pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Syria pada tahun 1981 hingga 1987 dan mewakili pasukan Al-Wahda sebagai pertahanan kiri.

Namun begitu, Bibi Ramjani menjelaskan KAFA akan membuat pengumuman mengenai jurulatih baharu selepas mendengar perancangan daripada semua calon jurulatih tersebut.

“Kita akan mendengar perancangannya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN