Akibat Melakukan Simulasi Menentang Stoke, Lanzini Digantung 2 Perlawanan

Manuel Lanzini akan menjalani penggantungan 2 perlawanan atas tuduhan dengan sengaja melakukan aksi simulasi yang menipu pegawai perlawanan ketika West Ham mendapat sepakan penalti menentang Stoke.

Pada perlawanan Sabtu lalu, aksi terjun Lanzini membolehkan West Ham mendahului Stoke selepas penalti tersebut disempurnakan oleh Noble pada minit ke-19. West Ham menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.

Selepas tamat perlawanan, Mark Hughes mengamuk dan memberitahu wartawan bahawa Lanzini seorang pemain yang ‘pandai’.

“Dia pandai! Dia akan cuba melakukan kekasaran kepada pemain lain. Selepas itu, pemain yang dia kasari itu akan cuba bermain keras dengan dia. Tetapi dalam situasi tadi, tidak ada ‘clip’ pada kaki dia. Dan itu jelas sekali satu aksi terjun.”

“Saya kecewa kerana pengadil tidak melihat dengan jelas situasi itu.”

Lanzini adalah pemain penting West Ham. Beliau juga menjadi nadi utama pasukan yang bangkit semula di bawah David Moyes dalam beberapa perlawanan ini.

Namun kini, beliau akan terlepas 2 aksi penting menentang Arsenal dan Newcastle United. David Moyes mengakui terkejut dengan hukuman itu kerana pengadil telah membuat keputusan dalam kedudukan yang sangat dekat dengan insiden.

Moyes tidak menyokong ‘diving’ dan mahukan aktiviti tidak jujur itu dihapuskan daripada bola sepak dan setuju dengan pengenalan hukuman gantung 2 perlawanan untuk kesalahan tersebut.

Cuma beliau percaya dengan keputusan pengadil ketika penalti diberikan dengan menilai insiden itu dari jarak dekat serta ia satu insiden yang sukar untuk pengadil.

Peraturan gantung 2 perlawanan retrospektif untuk pemain yang didapati melakukan simulasi ini dikuatkuasakan musim ini di EPL.

Sebelum ini, pemain Everton, Oumar Niasse juga digantung 2 perlawanan kerana melakukan simulasi ketika menentang Crystal Palace bulan lalu.

Apa pandangan anda tentang peraturan yang diperkenalkan EPL ini? Adakah anda bersetuju dengannya? Ataupun anda merasakan, perlawanan dah tamat, jadi ia dah tamat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN