Akibat Diaibkan Qatar, UAE Pecat Ben Marwijk

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil langkah drastik dengan memecat ketua jurulatih Bert van Marwijk semalam.

Ianya gara gara UAE tewas 4-2 di tangan juara bertahan Piala Teluk, Qatar pada Rabu Selasa. dalam perlawanan tersebut kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan kalah mati.

Namun UAE telah tewas dan tersingkir daripada kejohanan serantau itu.

Pengendali berusia 67 tahun itu dilantik menjadi ketua jurulatih UAE pada Mac lalu. Beliau pernah membantu Arab Saudi mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.

Namun ada beberapa isu kontrak dengan Arab Saudi membuatkan kedua dua pihak gagal mencapai kesepakatan.
Beliau kemudian menjadi jurulatih Australia pada Piala Dunia 2018.

Van Marwijk pernah membimbing negara kelahirannya, Belanda mara ke final Piala Dunia 2010.

Tugasan beliau adalah untuk membawa UAE layak ke Piala Dunia 2022. Namun kini mereka berhadapan dengan beberapa kesukaran.

Prestasi kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan termasuk ketika berhadapan dengan pasukan Malaysia baru baru ini.

Di mana UAE hampir sahaja kalah ataupun keciciran mata dalam perlawanan yang menyaksikan Malaysia mencipta beberapa peluang gol.

UAE tidak dapat mempamerkan aksi selaku pasukan pilihan.

Mereka kini 5 mata di belakang Vietnam untuk kelayakan Piala Dunia, namun nasib ada 1 perlawanan kurang berbanding pasukan tersebut.

Pada 26 Mac tahun hadapan UAE akan menyambut kehadiran Malaysia untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Dalam kenyataan rasmi yang sama, UAE memberikan jaminan bahawa mereka akan segera mencari pengganti kepada Ben Marwijk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN