Sukan SEA 2019: Formasi 3-4-3 Bukan Punca Bungkus Awal – Kim Swee

Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara menutup kempen Sukan SEA 2019 dengan kekalahan memalukan 3-1 kepada Kemboja di Stadium Memorial Rizal, Manila petang semalam sekaligus tersingkir dari kejohanan itu di peringkat kumpulan pada temasya sukan dwi tahunan itu.

Rata-rata penyokong bola sepak negera menyalahkan taktikal ketua jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee yang menggunakan formasi 3-4-3 sepanjang empat perlawanan yang menyaksikan Malaysia hanya mencatat satu kemenangan ‘nasib’ ke atas Timor-Lester selain tumpas dua perlawanan kepada Filipina dan Kemboja serta seri dengan Myanmar.

Namun demikan, memetik laporan oleh Bernama, pengendali berusia 48 tahun itu enggan menjadikan isu formasi sebagai punca kepada prestasi buruk skuad muda negara.

“Apabila kita layak ke peringkat suku akhir (Sukan Asia 2018) dengan menewaskan Korea Selatan, tak ada orang yang mempersoalkan formasi saya, tetapi kenapa mempertikaikan sekarang sedangkan ramai pemain yang sama.

“Jika kita melihat pada formasi, macam-macam formasi yang kita boleh bermain, tetapi kalau kita tidak boleh bermain mengikut kehendak kita, kerana itu keputusan tak menyebelahi kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Kemenangan Kemboja menyaksikan ‘pasukan kerdil’ itu mengiringi juara kumpulan, Myanmar ke peringkat separuh akhir yang menjadikan satu pencapaian luar biasa buat pasukan yang menduduki ranking 173 dunia itu.

Sebaliknya Kim Swee beralasan bahawa pencapaian buruk itu tidak menjadikan dunia ini sudah kiamat dan ia membuktikan beberapa pasukan belasahan di Asia Tenggara – yang telah membelasah Malaysia – sudah menunjukkan peningkatan.

Beliau kemudian menjadikan tempoh persediaan yang singkat untuk menghadapi kempen sebagai salah satu punca kepada prestasi hambar yang ditampilkan anak buahnya.

“Kita perlu menerima hakikat ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi kita harus memikirkan apa yang harus kita lakukan selepas ini supaya tidak ketinggalan daripada pasukan ASEAN lain,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Felix Agustin Gonzales Dalmas, menyifatkan kejayaan Kemboja mencatat kemenangan mudah ke atas Malaysia sekaligus menendang keluar finalis Sukan SEA 2017 dari saingan sudah pun dijangka dari awal.

Kredit Foto: សហព័ន្ធកីឡាបាល់ទាត់កម្ពុជា

“Dari awal lagi, kami yakin dapat menewaskan Malaysia sebagai pasukan yang hebat di rantau ini.

“Saya cukup gembira melihat kegembiraan jelas terpancar di wajah pemain dengan kemenangan besar ini. Kami berusaha keras untuk melihat kegembiraan ini. Saya percaya rekod pertemuan dengan Malaysia tidak lagi relevan. Kami perlu teruskan langkah untuk perlawanan seterusnya di separuh akhir,” katanya.

Jurulatih muda berusia 31 tahun kelahiran Argentina itu mula membimbing skuad muda Kemboja sejak November tahun lalu dan berjaya meningkatkan prestasi pasukan itu dalam masa yang singkat dengan kejayaan terbesarnya membawa Kemboja layak ke peringkat suku akhir Kejohanan AFF B-23 pada awal tahun ini.

Dengan kegagalan yang mengaibkan ini, masa depan Kim Swee bersama skuad B-22 negara kini menjadi teka teki selepas beliau sebelum ini mengatakan Sukan SEA 2019 di Filipina ini akan menjadi temasya sukan terakhir beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN